Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLaporan: Lelaki didakwa jadi sasaran Avitan dalam tahanan polis

    Laporan: Lelaki didakwa jadi sasaran Avitan dalam tahanan polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Individu yang didakwa menjadi sasaran bunuh oleh Shalom Avitan, lelaki Israel yang ditahan polis bersama-sama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru baru-baru ini, kini dalam tahanan polis.

    Laporan New Straits Times memetik sumber sebagai berkata, lelaki itu, Eran Haya merupakan antara yang ditahan dalam operasi polis di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pada 4 dan 5 April lalu.

    DIfahamkan Haya yang merupakan warga Turki dan Amerika, turut memiliki pasport Poland yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia pada Februari lalu.

    Sebuah kedutaan dilaporkan berhubung dengan polis untuk mengesan dan menyelamatkan Haya susulan dakwaan Avitan datang ke Malaysia dengan tujuan membunuh ketua keluarga kumpulan jenayah yang berseteru.

    Menurut laporan Times of Israel, Avitan merancang untuk membunuh Haya selepas kediaman Avitan di kawasan kejiranan Bavli di Tel Aviv, Israel menjadi sasaran serangan beberapa bom tangan oleh ahli kumpulan Haya pada pertengahan Mac lalu, iaitu lebih kurang tempoh sama Haya dikatakan masuk ke Malaysia.

    Pada 12 Mac lalu, polis Malaysia menahan Avitan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan merampas enam pucuk pistol serta 200 butir peluru.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai masuk ke Malaysia menerusi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac menggunakan pasport Perancis.

    Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 7 Senjata Api 1960.

    Polis juga menahan beberapa lagi suspek, termasuk pasangan warga tempatan yang disyaki membekal senjata tersebut kepada Avitan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts