Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLaporan: Lelaki Israel ditahan polis dalam misi bunuh pesaing

    Laporan: Lelaki Israel ditahan polis dalam misi bunuh pesaing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki warga Israel yang ditahan polis baru-baru ini merupakan pembunuh upahan dan datang ke Malaysia untuk membunuh ketua keluarga kumpulan penjenayah pesaingnya.

    Menurut The Times Of Israel, berdasarkan laporan berita berbahasa Ibrani, Shamsul Avitan itu didakwa merancang untuk menghapuskan Eran Haya.

    Memetik siaran Channel 12 Tel Aviv, Times of Israel melaporkan, kediaman Avitan di kawasan mewah ibu negara Israel itu menjadi sasaran serangan bom tangan oleh pengikut Haya.

    Media itu mendakwa kejadian tersebut berlaku pertengahan bulan ini dan Haya juga dikesan memasuki Malaysia pada waktu sekitar tempoh itu.

    Polis baru-baru ini mendedahkan seorang seorang warga Israel berumur 36 tahun ditahan pada 12 Mac lalu.

    Pihak berkuasa turut merampas enam pucuk pistol dan 200 peluru hidup di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Antara senjata yang dirampas adalah jenis Sig Sauer, Glock-27, Smith& Wesson dan 200 peluru.

    Ketua Polis Negara Razarudin Husain memberitahu media, suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia menggunakan pasport Perancis.

    Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971.

    Susulan penahanan itu, Razarudin berkata, pihak polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan terhadap pemimpin negara.

    “Apa yang membimbangkan di sini ialah, isu di Palestin dan Israel.

    “Polis juga berwaspada terutama terhadap keselamatan perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong serta pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira,” katanya.

    Polis juga telah menahan sepasang suami isteri warga tempatan kerana disyaki membekalkan senjata api kepada Avitan.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts