Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 1,000 pekerja asing terabai dapat kerja baru

    Lebih 1,000 pekerja asing terabai dapat kerja baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seramai 1,058 pekerja asing terabai berjaya mendapat penempatan pekerjaan dengan majikan baharu setakat 9 Nov lepas, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).

    Dalam satu kenyataan semalam, KSM memaklumkan kesemua mereka dibantu melalui operasi menyelamat pekerja terabai dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

    “Bertindak atas makluman orang awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan juga kedutaan, KSM menjalankan operasi menyelamat pekerja ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Menyelamat di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung.

    “Operasi menyelamat pekerja terabai telah dilakukan dan siasatan mendapati pekerja tersebut menganggur selama hampir tiga bulan tanpa sebarang sumber pendapatan,” menurut kenyataan itu.

    Selain penempatan pekerjaan dan majikan baharu, KSM berkata pihaknya turut mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang mengabaikan pekerja tersebut di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

    “Langkah menyelamatkan mereka yang dikategorikan sebagai pekerja terabai ini merupakan keputusan yang tepat bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa pemerdagangan orang dan membawa kepada elemen buruh paksa seperti digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa,” menurut KSM.

    Selain itu, KSM memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Kelapan bersama Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju membekukan proses kemasukan pekerja asing bagi subsektor pembersihan dan pencucian.

    Katanya, keputusan dibuat susulan lebih daripada separuh pekerja asing terabai yang diselamatkan adalah daripada sektor berkenaan.

    Menurut KSM, permohonan kuota pengambilan pekerja asing yang telah diluluskan dalam semua sektor dan subsektor termasuk sektor pembersihan dan pencucian turut diarahkan untuk disemak semula.

    Kementerian itu memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama dengan jabatan dan agensi di bawahnya dalam mempergiatkan pelaksanaan operasi serta penguatkuasaan selaras dengan perundangan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan.

    ALSO READ:  'PAS hari ini dengan zaman Nik Aziz sama saja'

    “KSM yakin melalui peningkatan operasi dan penguatkuasaan berterusan akan dapat memastikan industri perburuhan negara bebas daripada isu pekerja terabai dan seterusnya menghapuskan sebarang kegiatan yang membawa kepada buruh paksa,” menurut KSM.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts