Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 17,000 saman dikeluarkan pada pemandu warga asing sepanjang Feb - JPJ

    Lebih 17,000 saman dikeluarkan pada pemandu warga asing sepanjang Feb – JPJ

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.

    Pengarah Kanan Penguat Kuasa Undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata kesalahan yang dikesan membabitkan tiada Lesen Memandu Malaysia (LLM) sebanyak 6,380 saman, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) (2,120), tiada insurans (1,843) dan lain-lain (7,419).

    “Saman terhadap warga asing ini merupakan antara 165,553 saman yang dikeluarkan JPJ menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di seluruh negara sempena perayaan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai arah selatan di Johor Bahru malam tadi.

    Beliau berkata sepanjang bulan ini juga, pihaknya turut menahan 33 pemandu termasuk pemandu kenderaan awam kerana didapati positif dadah seperti syabu, ganja jenis tetra hydrocannibol (THC) dan opiat selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

    Sementara itu, menurut Lokman kes kemalangan maut tahun lepas menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2022 dengan seramai 6,344 mangsa berbanding 6,080 mangsa.

    “Peningkatan adalah lapan peratus, daripada jumlah 6,344 mangsa, kira-kira 4,000 daripadanya melibatkan penunggang motosikal. Secara purata pada bulan ini, setiap dua jam ada satu kemalangan maut,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts