Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 17,000 warga emas mati kesepian di Jepun

    Lebih 17,000 warga emas mati kesepian di Jepun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan seramai 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di negara itu meninggal dunia di rumah antara Jan hingga Mac lalu.

    Menurut laporan Xinhua tinjauan itu meliputi 60,466 mayat yang diurus oleh polis Jepun selama tiga bulan pertama pada tahun ini.

    Daripada jumlah itu, lapor agensi berita berkenaan, seramai 21,716 adalah orang yang tinggal bersendirian.

    Angka berkenaan, menurut NPA, termasuk melibatkan kes bunuh diri.

    Hampir 80 peratus daripada kematian “kesepian” atau 17,034 orang adalah mereka yang berumur 65 tahun ke atas, termasuk 2,080 orang berumur antara 65 dan 69.

    Sejumlah 3,204 kes lagi melibatkan individu berusia antara 70 dan 74, diikuti 3,480 kes lain membabitkan orang berusia antara 75 dan 79, manakala 3,348 kes untuk kategori umur 80 dan 84 tahun.

    Baki 4,922 kes melibatkan individu berumur 85 tahun ke atas.

    Menurut perbincangan interim oleh sebuah kumpulan kerja Pejabat Kabinet Jepun yang ditugaskan untuk meneliti isu berkenaan pada 2023, kematian kesepian didefinisikan sebagai kematian seseorang tanpa disaksikan oleh orang lain serta melibatkan jangka waktu tertentu sebelum mayat itu ditemui.

    NPA dijangka akan terus mengumpul data sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menangani isu masyarakat yang semakin menua.

    Menurut tinjauan itu, jumlah keseluruhan kematian di rumah dalam kalangan warga emas yang tinggal bersendirian pada 2024 dianggarkan mencecah 68,000 orang.

    Bernama/Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts