Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 20 saksi dipanggil bantu siasatan isu Spanco

    Lebih 20 saksi dipanggil bantu siasatan isu Spanco

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil lebih 20 orang saksi untuk membantu siasatan berkenaan syarikat tunggal yang memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan, iaitu Spanco Sdn Bhd (Spanco).

    Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, menyatakan yang pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil anggota pentadbiran negara yang terlibat dalam penganugerahan kontrak kepada syarikat itu sekiranya diperlukan.

    “SPRM akan panggil sesiapa saja malah pembuat keputusan pada masa itu yang memutuskan untuk menganugerahkan projek itu kepada Spanco.

    “Sejarah di sebalik bagaimana syarikat itu dianugerahkan dengan kontrak itu merupakan satu daripada perkara dalam siasatan kami.

    “(Kita akan panggil saksi) tidak kisah mereka siapa pun, jika ada keperluan, kita akan panggil mereka,” katanya kepada pemberita selepas program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Sarawak di Kuching hari ini.

    Azam berkata siasatan terhadap Spanco itu tidak akan memberi kesan kepada kontrak sedia ada syarikat terbabit untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.

    “Fokus siasatan SPRM ialah melihat kepada dua aspek, iaitu pertikaian pembatalan kontrak LOI (surat hasrat) dan juga bagaimana syarikat tersebut boleh mendapat kontrak itu sebelum ini.

    “Kontrak sedia ada (untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan) masih on (berjalan), siasatan tidak akan membatalkan kontrak,” katanya.

    Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu melibatkan kontrak kepada Spanco hanya merugikan negara.

    Spanco memegang konsesi untuk membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan sejak 1993, namun apabila kontrak tamat pada 2019, tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya.

    Berjaya Group Bhd dan Naza Sdn Bhd membentuk konsesi dan memperoleh kontrak itu melalui surat hasrat (LOI) pada tahun itu.

    Bagaimanapun, LOI ditamatkan pada 2020 dan tender dianugerahkan kepada Spanco.

    ALSO READ:  Soccer-Ronaldo starts for much-changed Portugal against Georgia

    Pada Julai tahun lalu pengasas Berjaya Vincent Tan menfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan dan Spanco berhubung LOI yang ditamatkan dan mendakwa kontrak itu dianugerahkan kepada Spanco walaupun harga yang ditawarkan syarikat berkenaan lebih tinggi.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts