Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 2,400 kes jenayah libatkan belia sejak Jan

    Lebih 2,400 kes jenayah libatkan belia sejak Jan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DUN JOHOR | Jenayah melibatkan golongan belia bawah 40 tahun di Johor meningkat sebanyak 2,402 kes bagi tempoh Jan hingga Okt tahun ini berbanding 1,970 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

    Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor itu, kes kecurian paling tinggi direkodkan iaitu 1,083 kes diikuti jenayah seksual (818) dan samun (244).

    “Vandalisme pula 242 kes, samseng atau kongsi gelap (10) dan buli (lima),” katanya ketika menjawab soalan lisan Marina Ibrahim (PH-Skudai) pada persidangan di Kota Iskandar, Johor Bahru.

    Marina ingin mengetahui usaha kerajaan Negeri dalam membantu menangani kejatuhan moral dalam kalangan belia.

    Mohd Hairi (BN-Larkin) berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor pula merekodkan sebanyak 2,251 tangkapan belia bawah usia 40 tahun dari Jan hingga bulan lepas.

    Katanya secara keseluruhan terdapat 1.681 juta belia berusia 15 hingga 40 tahun di Johor.

    Katanya kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha pembangunan belia dan mengambil maklum mengenai trend peningkatan kes jenayah membabitkan golongan itu.

    Justeru itu Mohd Hairi berkata Jabatan Belia dan Sukan Johor melalui bahagian pembangunan belia melaksanakan 10 program intervensi sosial dari Belia Untuk Belia (Y2Y) tahun ini yang menumpukan advokasi, kempen, pendidikan dan latihan sebagai usaha untuk mengurangkan penglibatan belia dalam isu serta permasalahan sosial.

    Dia berkata program yang menyasarkan belia di sekolah dan institut pengajian tinggi itu telah dilaksanakan di 10 daerah dengan penyertaan seramai 1,129 peserta, selain program di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda dengan melibatkan penyertaan seramai 30,000 orang.

    ALSO READ:  Chants of 'Free Palestine' fill Axiata Arena

    Selain itu menurutnya, antara program lain dilaksana JBS Negeri Johor ialah Kem Belia Sejahtera yang merupakan inisiatif intervensi sosial, dalam memberi pemahaman dan kesedaran belia mengenai bahaya gejala sosial dan aktiviti tidak sihat dengan penglibatan seramai 60 orang pelajar sekolah.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts