Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 3 juta karbon dioksida dikurangkan tahun lepas - Nik Nazmi

    Lebih 3 juta karbon dioksida dikurangkan tahun lepas – Nik Nazmi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) berjaya mengurangkan lebih tiga juta tan karbon dioksida setara (CO2e) tahun lepas, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Beliau berkata jumlah penyerapan karbon melalui program itu adalah 45,195.22 tan karbon dioksida (CO2) melalui penanaman 76,889,807 juta batang pokok atau setara dengan pengurangan penggunaan 665,765 buah kereta setahun di jalan raya.

    “Penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) penting dalam program LCC2030C kerana inisiatif ini mengukur kadar pelepasan gas rumah kaca di bawah lima elemen utama iaitu tenaga, air, sisa, pengangkutan dan kehijauan atau penyerapan karbon.

    “Kerajaan berharap menjelang 2030, Malaysia akan mencapai sasaran mewujudkan 200 Zon Rendah Karbon dan 1,000 Rakan Kongsi Rendah Karbon di semua 155 PBT di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Anugerah Bandar Rendah Karbon 2023 di Kuala Lumpur malam tadi.

    Nik Nazmi berkata negara juga perlu terus komited dan progresif dalam menangani isu perubahan iklim di pelbagai peringkat.

    “Misalnya di peringkat global, Malaysia telah terlibat secara aktif dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini yang menyaksikan penyertaan terbesar delegasi Malaysia dalam sejarah.

    “Malaysia komited mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030 dan menyokong aspirasi negara mencapai pelepasan karbon sifar bersih seawal-awalnya pada 2050,” katanya.

    Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) Shamsul Bahar Mohd Nor.

    Pengiktirafan bandar rendah karbon pada 2023 melibatkan 85 Pengiktirafan Diamond bagi pencapaian pengurangan pelepasan karbon dalam lima elemen utama iaitu tenaga, air, sisa, mobiliti dan kehijauan.

    ALSO READ:  Mangsa pencemaran Sg Kim Kim deritai penyakit Myokymia - Bapa

    Di samping itu, terdapat dua pengiktirafan Reka Bentuk Diamond yang berpotensi mengurangkan kadar pelepasan GHG melalui pelaksanaan strategi bandar rendah karbon di peringkat reka bentuk.

    Selain itu, penganugerahan 15 Sijil Provisional turut diberikan atas usaha pembangunan data penanda aras dan pelan tindakan rendah karbon dalam kawasan zon dan rakan kongsi rendah karbon serta empat Anugerah Khas.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts