Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 300 mangsa banjir di Perak masih berlindung di PPS

    Lebih 300 mangsa banjir di Perak masih berlindung di PPS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebanyak 347 mangsa daripada 101 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di daerah Hilir Perak dan Kerian, Perak.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu berkurang berbanding 349 penduduk daripada 103 keluarga malam tadi.

    Di daerah Hilir Perak, 168 orang daripada 49 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 65 orang daripada 21 keluarga.

    “Di PPS Dewan Serbaguna Chikus pula menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga.

    Bagi daerah Kerian pula seramai 80 orang masih masih berada di dua PPS masing-masing 23 orang (empat keluarga) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga di di PPS SK Alor Pongsu .

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras amaran 3.46 meter.

    Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kebanyakan daerah di Perak mengalami ribut petir dan hujan kecuali di Bagan Datuk yang diramalkan cuaca baik pada sebelah malam.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts