Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 300 penerbangan dibatalkan susulan pelanggaran pesawat di Haneda

    Lebih 300 penerbangan dibatalkan susulan pelanggaran pesawat di Haneda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL l Syarikat penerbangan terpaksa membatalkan lebih 300 penerbangan susulan pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai Jepun dan pesawat penumpang Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada petang Selasa.

    Nahas itu memaksa semua landasan lapangan terbang ditutup selama beberapa jam pada petang Selasa, menyebabkan pembatalan sebanyak 226 penerbangan yang tiba dan berlepas dari Haneda, menjejaskan lebih 40,000 penumpang, lapor Xinhua.

    Walaupun tiga landasan dibuka semula pada Rabu, kira-kira 100 penerbangan masih dijangka dibatalkan pada hari itu yang mengganggu rancangan perjalanan 19,000 penumpang.

    Pada Kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan pada Selasa, pesawat Japan Airlines dalam penerbangan JAL 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai MA-722 selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, mengakibatkan kedua-duanya terbakar.

    Lima daripada enam anak kapal Pengawal Pantai itu disahkan meninggal dunia manakala kapten yang berjaya menyelamatkan diri cedera parah.

    Jurucakap Pengawal Pantai, Yoshinori Yanagishima berkata pesawat pasukan itu yang berpangkalan di Lapangan Terbang Haneda, semasa kejadian sedang bergerak di landasan untuk membawa bantuan ke kawasan terjejas gempa bumi di wilayah Niigata.

    Sementara itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airlines berjaya diselamatkan tanpa kecederaan yang mengancam nyawa.

    Jabatan Bomba Tokyo mengambil masa lebih lapan jam untuk memadamkan kebakaran berikutan nahas itu.

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun, agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyiasat nahas melibatkan kapal terbang, kereta api dan kapal, pada Rabu mula menyiasat punca kemalangan dan memeriksa serpihan pesawat.

    – Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts