Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka

    Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata bagi daerah Alor Gajah, sekurang-kurangnya 22 rumah terjejas melibatkan penduduk di Kampung Gapam, Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melana dan Kampung Bukit Balai di Durian Tunggal.

    “Di Melaka Tengah membabitkan 28 rumah di Taman Melawis Bukit Beruang, Ayer Keroh Height (2) dan Kampung Sungai Putat (5) setakat pukul 8 malam.

    “Susulan situasi berkenaan, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah telah mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Japerun Ayer Keroh untuk keperluan pemindahan kawasan itu dan proses pendaftaran mangsa banjir masih dilaksanakan setakat ini,” katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

    Beliau berkata dalam masa yang sama, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan rapi di kawasan terjejas dan orang ramai diminta peka dan mengikut arahan pasukan penyelamat bagi mengelak sebarang risiko banjir.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts