Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih 9.67 juta pengundi di enam negeri mengundi hari ini

    Lebih 9.67 juta pengundi di enam negeri mengundi hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Lebih 9.67 juta pengundi berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.

    Turut diadakan hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

    Kesemua pusat pengundian di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan termasuk di Kuala Terengganu dijadual dibuka serentak bermula 8 pagi dan ditutup pada 6 petang.

    Pengundian PRN bakal menyaksikan 9,674,456 pengundi berdaftar mengundi di 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran, manakala 122,160 pengundi akan terlibat dengan proses pengundian di PRK Parlimen Kuala Terengganu melalui 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran.

    Pada Selasa (8 Ogos), pengundian awal PRN telah berlangsung yang menyaksikan 72,554 anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan jumlah peratusan keluar mengundi di Kedah adalah 96.02 peratus, Terengganu (95.91), Selangor (95.87), Pulau Pinang (95.01), Negeri Sembilan (94.05) dan Kelantan (93.90).

    Pengundian awal pada hari sama bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu pula melibatkan seramai 1,286 pengundi atau 95.47 peratus anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing.

    Selepas proses penamaan calon 29 Julai lepas, sebanyak 570 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya enam negeri manakala PRK Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan dan PAS.

    Bagi PRN dan PRK berkenaan, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula 29 Julai selepas pengisytiharan calon-calon yang layak bertanding dan berakhir pada 11.59 malam tadi.

    Sementara itu, Jabatan Meteorologi menerusi laman sesawangnya semalam meramalkan cuaca hujan di satu dua tempat di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pagi ini.

    ALSO READ:  Tajuddin tubuh NGO, anjur Himpunan Melayu Bangkit

    Hujan turut diramal berlaku di Kedah, yang melibatkan banyak kawasan pantai, manakala cuaca mendung di Terengganu dan Kelantan dijangka cuaca baik.

    PRN ini melibatkan pertandingan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 DUN di Kelantan.

    PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

    — BERNAMA

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts