Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLebih separuh nelayan selatan P Pinang setuju terima skim sagu hati

    Lebih separuh nelayan selatan P Pinang setuju terima skim sagu hati

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lebih daripada 50 peratus nelayan di kawasan selatan Pulau Pinang telah menandatangani Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (Simp) susulan pelaksanaan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI).

    Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara) Zakaria Ismail berkata kebanyakan mereka yang menandatangani Simp itu merupakan nelayan separuh masa dan sudah berusia.

    “Alasan mereka untuk menerima sagu hati yang ditawarkan adalah (mereka) tak larat untuk menangkap ikan di lokasi yang lebih jauh.

    “Hanya lebih kurang 100 nelayan yang masih bertahan tidak menerima setakat ini (menandatangani Simp), mereka dari Unit Nelayan Sungai Batu dan Teluk Tempoyak,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan ramai nelayan mula menandatangani tawaran Simp selepas menyedari tiada jalan penyelesaian walaupun pelbagai diusahakan dilakukan dan mereka juga tiada jalan lain berikutan kerja tapak sudah bermula pada 1 Sept tahun lepas.

    Zakaria berkata nelayan di Unit Teluk Tempoyak tidak menandatangani Simp itu kerana tidak berpuas hati dan membantah dengan tawaran yang diberikan iaitu pakej ex-gratia tahap 2.

    Dia berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak berkenaan bagi membolehkan nelayan Unit Teluk Tempoyak turut menerima ex-gratia tahap 1 seperti yang disyorkan oleh kerajaan Negeri.

    “Sebahagian nelayan di Teluk Tempoyak menerima kesan projek berkenaan sama seperti nelayan Unit Sungai Batu dan apabila mereka (nelayan Teluk Tempoyak) ditawarkan dengan pakej ex-gratia tahap 2, sudah tentu mereka tidak mahu kerana mereka menerima kesan yang sama seperti nelayan di Sungai Batu sedangkan di Sungai Batu, mereka ditawarkan dengan tahap satu,” katanya.

    Sebelum ini, kerajaan Negeri mengumumkan cadangan SIMP merangkumi pakej pemberian ex-gratia dan program yang akan memberi manfaat jangka masa panjang kepada nelayan termasuk program pemerkasaan serta skim perumahan.

    ALSO READ:  No DeSantis debate bounce, but some Republicans more open to him -Reuters/Ipsos

    Nelayan yang menerima manfaat berkenaan terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 ialah mereka dari kawasan Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul manakala tahap 2 dari Seri Jerjak, Batu Maung, Teluk Tempoyak, Pulau Betong serta Kuala Sungai Burong.

    Tekong dan awak-awak dari unit tahap 1 masing-masing menerima RM20,000 dan RM12,960 manakala bagi tahap 2, akan menerima RM13,200 dan RM5,400, manakala tekong tahap 1 juga akan ditawarkan bot sepanjang 8.2 meter dan enjin berkuasa kuda 60 atau 75.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts