Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki bersenjata api maut ditembak polis

    Lelaki bersenjata api maut ditembak polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki yang bersenjata api, disyaki penjenayah, maut dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bukit Kechil, Napoh dekat Jitra petang semalam.

    Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dalam insiden pada 5.30 petang itu, sepasukan polis Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah yang sedang melakukan rondaan Op Laras di jalan terbabit mengarahkan kereta dipandu suspek berhenti selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

    Beliau berkata suspek enggan berhenti namun keretanya telah terbabas ke kiri jalan dan terhenti sebelum dia bertindak melepaskan dua das tembakan.

    “Polis kemudian membalas tembakan untuk mempertahankan diri dan kita telah berjaya menumpaskan lelaki berumur 57 tahun itu.

    “Pemeriksaan dalam kereta suspek menemukan dua pucuk pistol dan sejumlah peluru yang kita rampas. Peluru 9 milimeter (mm) 100 butir, .38 juga 100 butir.

    “Kita dapat juga peluru 5.56 yang digunakan untuk raifal seperti M-16,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian malam tadi.

    Fisol berkata siasatan awal mendapati suspek memiliki empat rekod jenayah membabitkan dadah dan senjata api tiruan.

    Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

    Fisol berkata lokasi kejadian adalah laluan yang sunyi dan kurang digunakan dan pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui sama ada suspek terlibat dengan mana-mana sindiket.

    Mayat suspek, katanya, dihantar ke Hospital Jitra untuk bezah siasat.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts