Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki buat hantaran berbaur lucah pada polis wanita didenda RM7,000

    Lelaki buat hantaran berbaur lucah pada polis wanita didenda RM7,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki telah didenda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berbaur lucah kepada seorang pegawai polis wanita melalui akaun Facebooknya, dua tahun lalu.

    Hakim N.Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohamad Fatariza Abd Hamid, 49, yang juga merupakan Orang Kena Saman (OKS) dan mahkamah memerintahkannya untuk menjalani hukuman penjara selama enam bulan, jika dia gagal membayar denda. Walau bagaimanapun, OKS telah membayar denda tersebut.

    Lelaki tersebut didakwa atas tindakan tersebut yang dilakukan dengan niat untuk menyakiti hati orang lain melalui akaun Facebook “Fatariza Hamid” pada 2.13 pagi, 30 Julai 2021 dengan pautan dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, Wangsa Maju pada 11.05 pagi, pada tarikh yang sama.

    Tuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal sebelum itu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada OKS dan orang awam agar lebih berhati-hati dan menjaga adab dalam menggunakan media sosial.

    “OKS membuat hantaran itu kepada seorang penjawat awam. Oleh itu, satu pengajaran harus diberikan kepada OKS supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama,” kata Nurilya Ellyna.

    Peguam Salmi Hamdan Sabran yang mewakili OKS merayu kepada hakim untuk mengenakan hukuman ringan kerana anak guamnya mempunyai tiga anak dan salah seorang di antaranya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan menghidap penyakit jantung.

    ALSO READ:  JKPK cadang pegawai Imigresen pakai kamera badan, tukar syif

    “Ini merupakan kesalahan kali pertama anak guam saya dan dia memohon maaf serta insaf atas kesalahan yang dilakukannya. OKS berharap mahkamah dapat memberikan peluang kedua untuk dia berubah ke arah yang lebih baik,” kata peguam itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts