Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan awal pagi tadi selepas cuba meragut senjata api ketika bertengkar dengan salah seorang anggota polis.
Bagaimanapun anggota polis yang bertugas di situ tidak memberi kebenaran kerana suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.
Larangan itu, katanya, membawa kepada pertengkaran di antara mereka.
Hamzah berkata lelaki terbabit bukannya menceroboh balai polis berkenaan untuk cuba merampas senjata api sebaliknya mendakwa mahu bertemu seorang rakan di situ.
Polis turut merampas topi keledar milik lelaki terbabit bagi membantu siasatan.
Awal hari ini, akhbar Cina Sin Chew Daily melaporkan seorang lelaki menceroboh Balai Polis Dato’ Keramat dalam cubaan untuk merampas “submachine gun“.
Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.