Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki ditahan kes pukul anak turut disyaki rogol zuriat sendiri

    Lelaki ditahan kes pukul anak turut disyaki rogol zuriat sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis menahan seorang lelaki 47 tahun yang dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera, di Seremban semalam.

    Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata lelaki terbabit turut disiasat bagi kesalahan merogol.

    Katanya polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah tengah malam tadi yang memaklumkan mangsa memaklumkan dia pernah dirogol bapanya pada 12 Nov tahun lepas.

    “Remaja itu kini menerima rawatan di hospital berkenaan akibat kecederaan di bahagian bahu kanan, kiri, bahagian belakang kepala sebelah kiri, tangan sebelah kanan dan di bibir akibat dipukul,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

    Hazri berkata remaja terbabit merupakan anak pertama daripada empat beradik dan tinggal bersama neneknya di Rantau, Seremban sejak berumur empat tahun kerana ibu bapanya bercerai.

    Bagaimanapun, katanya, remaja berkenaan tinggal bersama bapanya sejak Jun 2022.

    Hazri berkata semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah.

    Suspek kini direman hingga 27 Jan ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts