Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki Israel akan didakwa esok, kata IGP

    Lelaki Israel akan didakwa esok, kata IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lelaki Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di Kuala Lumpur bulan lepas akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok, kata Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Razarudin Husain.

    “Ya, dia akan didakwa esok pagi,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

    Warga Israel berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 27 Mac lepas. Dia dipercayai memasuki negara ini dari Emiriah Arab Bersatu pada 12 Mac, menggunakan pasport Perancis.

    Hasil siasatan awal, suspek yang turut memegang pasport Israel itu mendakwa dia datang ke Malaysia bagi memburu dan membunuh seorang lagi rakyat Israel susulan perbalahan keluarga. 

    Pada 8 April lepas, sepasang suami isteri rakyat tempatan yang disyaki membekalkan senjata api kepada warga Israel berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan kesalahan berkaitan senjata api.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts