Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki lemas dibawa arus di Pantai Sepat

    Lelaki lemas dibawa arus di Pantai Sepat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hasrat seorang lelaki untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya tidak kesampaian apabila lemas ketika mandi di Pantai Sepat di Kuantan, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan mangsa, Khoo Kim Chai, 36, pada 1.36 tengah hari semalam.

    Beliau berkata Khoo dari Klang, Selangor berkunjung ke pantai itu pada 9 pagi semalam dengan seorang rakan lelakinya berusia 37 tahun dan dua kanak-kanak.

    “Khoo dan rakannya yang sedang bermain ombak kemudian telah dibawa arus, bagaimanapun rakannya berjaya menyelamatkan diri.

    “Khoo dikatakan telah hilang dari pandangan menyebabkan rakannya meminta bantuan orang ramai untuk menyelamat hingga dia ditemukan,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Wan Mohd Zahari berkata Khoo kemudian diberikan bantuan pernafasan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang sementara menunggu ketibaan pihak ambulans.

    Beliau berkata Khoo dilaporkan meninggal dunia kira-kira 11.10 pagi semalam ketika dirawat di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di Kuantan.

    Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan Kapten (PA) Ahmad Azmi Hanafiah dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 9.50 pagi semalam daripada pekerja pembersihan yang bertugas di sekitar pantai itu.

    Beliau berkata anggota penyelamat pantai bersama seorang doktor yang kebetulan berada di lokasi kejadian telah membantu Khoo dengan memberikan bantuan pernafasan sebelum di bawa ke HTAA sekitar 10.30 pagi semalam.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts