Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki maut, seorang lagi cedera kena serpihan bunga api di PD

    Lelaki maut, seorang lagi cedera kena serpihan bunga api di PD

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki telah meninggal dunia manakala seorang lagi cedera akibat terkena serpihan bunga api yang meletup di bahagian bumbung bangunan tempat letak kenderaan sebuah hotel di Port Dickson dekat Seremban, semalam.

    Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata bahawa dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 40 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka manakala rakannya yang berusia 39 tahun dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan.

    “Kedua-dua mangsa merupakan pekerja syarikat pemasangan bunga api yang ditugaskan memasang bunga api untuk pertunjukan sempena malam Ambang Tahun Baru 2024 di hotel berkenaan.

    Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagal mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di hari ini.

    Sehubungan itu, Aidi Sham menyeru orang awam supaya tidak menyebar isu berkenaan kerana ia boleh mengganggu siasatan polis.

    Terdahulu, tular di laman X sejak pagi tadi sebuah rakaman video berdurasi 1.04 minit dan gambar memaparkan kejadian letupan beberapa das bunga api di hotel berkenaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts