Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki mengaku salah guna kad pengenalan palsu jadi guru

    Lelaki mengaku salah guna kad pengenalan palsu jadi guru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki dipenjara 10 bulan dan didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Keningau hari ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Tenom sejak 29 tahun lepas.

    Majistret Nur Asyraf Zolhani menjatuhkan hukuman itu terhadap Ridal Abdul Kadir, 53, selepas tertuduh mengaku bersalah.

    Ridal diarah menjalani hukuman berkenaan dari tarikh dia ditangkap pada 29 Januari lalu. Sekiranya gagal membayar denda dia akan dikenakan penjara tambahan selama enam bulan.

    Tertuduh membayar denda berkenaan kemudian.

    Ridal didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

    Mengikut fakta kes, satu pemeriksaan dokumen telah dijalankan di kawasan letak kenderaan kuarters guru sekolah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi pada 29 Januari lalu.

    Tertuduh kemudian ditahan kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu bernombor 700711-12-5369 atas nama Ridal bin Abdul Kadir.

    Semakan lanjut dibuat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati tertuduh disyaki menggunakan kad pengenalan bertaraf warganegara yang palsu dengan nombor dan nama tersebut untuk bekerja sebagai guru di sekolah itu.

    Semakan rekod mendapati kad pengenalan dengan nombor dan nama sama pernah dikeluarkan oleh JPN tetapi dengan taraf pemastautin sementara.

    Semakan juga mendapati tertuduh memiliki dokumen pengenalan sementara dengan nombor serta nama sama, selain daftar kelahiran bertaraf bukan warganegara sebagai dokumen pengenalan dirinya.

    Terdahulu, Pegawai Pendakwa JPN Mohd Naser Mohd Naser Mohd Nadzeri memohon agar hukuman dalam bentuk pencegahan dikenakan ke atas Ridal.

    Katanya hukuman dipohon itu adalah dengan mengambil kira kepentingan awam dan keadilan sosial, selain memiliki dokumen pengenalan diri palsu adalah suatu tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab.

    ALSO READ:  Teenage girl reported missing in Penampang

    Peguam Ridal, Korventt Wheezar, pula meminta hukuman ke atas tertuduh diringankan kerana sepanjang 29 tahun mengajar di sekolah itu tertuduh tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah dan sentiasa berkelakuan baik, selain mengaku salah dalam kes berkenaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts