Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki OKU melecur disimbah air panas dalam lif

    Lelaki OKU melecur disimbah air panas dalam lif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di George Town, Pulau Pinang semalam.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain berkata insiden berlaku ketika mangsa, 33, ingin pulang ke rumah di tingkat 16 dan dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik perempuannya pada kira-kira 9.20 pagi.

    “Berdasarkan laporan oleh adik perempuan mangsa, mangsa mendakwa telah disimbah asid oleh seorang wanita ketika berada di dalam lif hingga melecur pada bahagian badan.

    “Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

    Dia berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek yang disyaki tinggal di kejiranan sama namun punca kejadian belum diketahui kerana berdasarkan siasatan, mangsa tidak pernah bertegur sapa dengan wanita itu malah mereka juga tidak pernah berselisih faham.

    Jafri berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, hanya suspek dan mangsa berada di dalam lif itu ketika kejadian.

    Dia berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts