Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesLelaki serang anggota JPJ telah dipenjara sehari, denda RM4,000

    Lelaki serang anggota JPJ telah dipenjara sehari, denda RM4,000

    -

    Shopee CNY Sale

    Selepas rakaman video yang memaparkan seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikasari seorang lelaki menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lepas, JPJ Kedah hari ini memaklumkan bahawa lelaki itu telah didakwa, disabit kesalahan dan dijatuhi hukuman pada 27 Nov lepas.

    Pengarah JPJ Kedah Aman Shah Hashim berkata Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 selepas lelaki itu disabit dengan kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

    Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan awal berkaitan video yang tular berdurasi satu minit 24 saat itu yang memaparkan kenderaan Nissan Vanette yang enggan berhenti semasa ditahan anggota JPJ untuk pemeriksaan.

    “Hasil siasatan mendapati rakaman video itu berlaku pada 22 Nov lepas kira-kira pukul 4.04 petang di Jalan Tasik Darul Aman, Jitra. Sebelum kejadian anggota bertugas sedang melakukan rondaan penguatkuasaan dan telah mengesan kenderaan yang mencurigakan.

    “Pemeriksaan awal mendapati tiga kesalahan dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan perakuan Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, hari ini.

    Aman Shah berkata ketika ditahan, pihak yang terlibat telah melakukan kekerasan jenayah dengan menyerang anggota JPJ yang bertugas sambil mengeluarkan kata-kata kesat selain provokasi serta menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas.

    Katanya rentetan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh anggota berkenaan dan lelaki berusia 24 tahun itu telah ditahan polis dan didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

    Seksyen 353 Kanun Keseksaan merujuk kepada kesalahan menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

    – Bernama


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts