Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki warga asing jatuh kondominium ketika lari daripada polis

    Lelaki warga asing jatuh kondominium ketika lari daripada polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki warga Nigeria ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah sewanya di kondominium di Batu Uban di George Town, ketika cuba melarikan diri selepas premis itu diserbu sepasukan polis semalam.

    Serbuan pada 6 petang oleh pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu berdasarkan maklumat terdapat kegiatan pengedaran dadah di sebuah rumah di tingkat 16 kondominium terbabit.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata semasa serbuan dilakukan, seorang lelaki telah membuka pintu sebelum dia masuk semula ke dalam kediaman itu dan bertindak mengunci pintunya bagi menghalang pihak polis masuk.

    “Polis berjaya memecah masuk ke dalam rumah itu dan pemeriksaan tidak menjumpai lelaki berkenaan, namun terdapat seorang lelaki Nigeria di dalam rumah terbabit bersama sejumlah dadah jenis ekstasi dan syabu.

    “Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan kondominium itu sebelum menemukan mayat lelaki dipercayai telah terjatuh dari rumah yang disewa mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Razlam berkata pihaknya turut menahan seorang lagi rakan mereka di tingkat lapan kondominium yang dipercayai cuba melarikan diri daripada pihak polis semasa serbuan itu.

    Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk status kemasukan mereka ke negara ini dan kegiatan pengedaran dadah.

    “Dua lelaki Nigeria berumur 30-an itu ditahan untuk siasatan lanjut, manakala mayat lelaki yang terjatuh itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibezah siasat,” katanya.

    Bagi kes berkaitan dadah, Razlam berkata ia disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kes lelaki maut berusia 37 tahun yang dipercayai pelajar sebuah kolej swasta di Negeri ini, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

    ALSO READ:  Cricket-India's Rahul happy to be flexible in tests, T20Is

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts