Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLelaki warga Syria didakwa bakar bilik hotel

    Lelaki warga Syria didakwa bakar bilik hotel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar bilik sebuah hotel di ibu negara semalam.

    Oday Bahbouh, 29, didakwa melakukan khianat dengan menyalakan api pada kertas sehingga menyebabkan kebakaran dan kerosakan harta benda iaitu dua almari kayu, tilam, lantai, pintu, langsir dan tandas melibatkan kerugian RM10,000.

    Bahbouh, seorang penggangur dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Metro Pudu 2 Fraser Business Park, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 10.30 pagi.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip menawarkan jaminan RM25,000 dengan dua penjamin warga tempatan dengan mengambil kira nilai kerugian RM10,000 manakala Bahbouh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan.

    Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin seperti yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts