Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian...

    Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua – Gobind

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan untuk meneliti laporan kajian daya maju mengenai perjanjian penjualan saham (SSA) 5G, sebelum membuat sebarang pengesyoran mengenai hala tuju rangkaian 5G kedua yang akan diwujudkan tidak lama lagi, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

    Gobind berkata keseluruhan proses usaha wajar itu telah dilakukan dan kini pihak lembaga pengarah akan mengkaji laporan yang dikemukakan tersebut di samping menentukan hala tuju perkara yang perlu dilaksanakan selepas itu.

    “Jangka masa yang ditetapkan saya yakin adalah 20 hari untuk mereka kembali mengemukakan semula selepas meneliti laporan usaha wajar itu.

    “Kita akan melaksanakannya satu per satu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara DNB dan Ericsson dengan rakan kongsi perusahaan bagi memajukan 5G untuk perusahaan di ibu pejabat DNB di Kuala Lumpur, hari ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts