Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLembaga Pengarah Tourism Malaysia sokong perubahan strategik Menteri

    Lembaga Pengarah Tourism Malaysia sokong perubahan strategik Menteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia menyokong sepenuhnya perubahan strategik yang dibawa oleh Menteri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tiong King Sing susulan tindakan menurunkan pangkat ketua pengarah Tourism Malaysia, Ammar Abd Ghapar.

    Menurut kenyataan mereka, terdapat keperluan untuk sektor pelancongan membuat perubahan besar terutamanya dalam mempromosikan produk pelancongan.

    “Seperti yang kita ketahui, industri pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara dengan menjadi penyumbang KDNK ke-5 terbesar.

    “Walaupun kedatangan dan perbelanjaan pelancong telah menunjukkan pertumbuhan positif, namun ia masih jauh dari paras sebelum wabak COVID-19. Oleh itu, industri pelancongan negara perlu bersaing secara lebih kompetitif dengan negara-negara jiran,” kata kenyataan itu.

    Berdasarkan pelbagai maklum balas yang diterima dari industri, Negeri-Negeri, dan orang awam, terdapat keperluan untuk sektor pelancongan membuat perubahan besar terutamanya dalam mempromosikan produk pelancongan negara mengikut keperluan semasa.

    “Kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada arah perubahan strategik yang dibawa oleh YB Menteri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

    “Oleh itu, Lembaga Pengarah Tourism Malaysia akan membantu memberikan panduan dan maklum balas bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan baik dan telus.

    “Kami komited untuk melakukan yang terbaik demi kepentingan negara.”

    Ammar mengesahkan perkhidmatannya ditamatkan dengan serta-merta pada 23 Februari lalu dan beliau menerima notis daripada pejabat Tiong bertarikh 22 Februari.

    Keputusan Menteri itu telah menimbulkan kritikan daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) yang menyatakan bahawa notis ringkas tersebut boleh menjejaskan imej penjawat awam.

    Walau bagaimanapun, Tiong mempertahankan keputusannya dengan menyatakan bahawa ketua pengarah Tourism Malaysia itu diturunkan pangkat kepada timbalan ketua pengarah kerana gagal melaksanakan tugas secara berkesan.

    ALSO READ:  Rombakan kabinet 'besar-besaran' dalam masa terdekat - Sumber
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts