Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLepas beralih sokongan, tiga MP pindah kerusi di Dewan Rakyat

    Lepas beralih sokongan, tiga MP pindah kerusi di Dewan Rakyat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiga daripada empat ahli parlimen yang baru-baru ini beralih sokongan untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah dipindahkan tempat duduk di dalam Dewan Rakyat.

    Mereka kini duduk di belakang kerusi Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Untuk rekod, Muda sebelum ini menarik balik sokongan kepada kerajaan pada September.

    “Tiga ahli parlimen Bersatu dipindahkan ke belakang YB Muar,” kata Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dalam catatan di X. Dia turut melampirkan gambar plak nama ahli parlimen berkenaan iaitu dari Labuan, Jeli dan Gua Musang.

    Bersatu sebelum ini menggantung Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Dzulkarnain Abdul Khalid.

    Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik pula kini dirujuk kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu.

    Tindakan ke atas keempat-empat mereka hadir selepas menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana Menteri.

    Kesemua mereka berkata mereka membuat keputusan itu demi kepentingan dan kebajikan pengundi di kawasan masing-masing.

    “Pada ketika ini, Kuala Kangsar masih di kerusi yang sama,” kata Syahdrezan kepada Malaysiakini.


    Syahredzan bagaimanapun tidak tahu alasan perpindahan kerusi itu.

    “Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu ialah mereka telah pindah kerusi,” katanya.

    Sementara itu, Shahidam Kassim (PN-Arau) cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen, memetik Peraturan Mesyuarat 18 (1) mengenai perkara kepentingan awam yang mendesak.

    “Saya rasa terganggu untuk berucap tadi apabila saya tengok ada tiga kerusi telah dipindahkan ke sana.

    “Mereka ini tak melompat parti, dia menyatakan sokongan, kenapa dipindahkan kerusi? Kalau pindah kerusi mereka, berhenti teruslah.

    Nanti ada 10 orang datang masuk kerusi meraka,” kata Shahidan.

    Bagaimanapun, Timbalan Speaker Alice Lau beralih daripada topik itu.

    Malaysiakini sudah cuba menghubungi Iskandar Dzulkarnain manakala wakil Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata mereka tidak mempunyai maklumat untuk didedahkan mengenai perkara ini.

    Bagaimanapun, minggu lalu Johari berkata dia telah menerima surat berhubung perkara itu daripada keempat-empat ahli parlimen berkenaan yang memohon untuk menukar tempat duduk mereka di Dewan Rakyat.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts