Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLepas Coldplay, MP PAS gesa k'jaan batal konsert artis Bollywood

    Lepas Coldplay, MP PAS gesa k’jaan batal konsert artis Bollywood

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Seorang ahli parlimen PAS hari ini menggesa kerajaan membatalkan konsert Bollywood yang dijadualkan pada 1 Dis ini.

    Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berkata konsert Stars On Fire yang menampilkan artis terkenal dari India adalah tidak sesuai dan tidak sensitif, terutama ketika rakyat Palestin sedang dibunuh oleh tentera Israel.

    Dia juga berkata kerajaan juga perlu membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan di Bukit Jalil malam ini.

    “Selain itu, penganjuran konsert Stars On Fire yang akan berlangsung pada awal Disember nanti yang melibatkan bintang terkenal dari India.

    “Saya berpandangan ianya tidak sesuai dan mengganggu sensitiviti rakyat di saat saudara kita disembelih di Palestin.

    “Jika nasihat mufti (Wilayah Persekutuan) kepada masyarakat agar tidak terlibat dengan program yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat negara ini.

    “Sebenarnya kerajaan terlebih dahulu perlu mengambil langkah menutup pintu dan ruang maksiat ini…

    “Dengan rendah hati saya memohon kerajaan membatalkan kedua-dua konsert ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Digital.

    Dalam ucapannya, Abdul Latiff turut mempertikaikan hujah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Coldplay, apabila dia berkata semalam bahawa kumpulan itu menyokong Palestin.

    “Isunya di sini bukannya berkaitan dengan menyokong Palestin ataupun menolak Israel.

    “Walaupun saya sedikit sangsi tentang sokongan tersebut kerana hanya terdapat sedikit coretan di Facebook mereka tentang Palestin.

    “Namun yang lebih penting ialah Coldplay dikaitkan dengan kumpulan tidak bermoral yang mempromosikan golongan LGBT,” katanya.

    Abdul Latiff berkata kerajaan harus mengambil iktibar kejadian Festival Good Vibes pada Julai, apabila kumpulan The 1975 telah memaparkan tingkah laku tidak bermoral di atas pentas sebagai tanda menyokong LGBT.

    ALSO READ:  Masalah air: Telaga tiub di UMS dijangka siap pada Mac - Zambry
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts