Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLepas tarik rayuan di mahkamah, Dusuki sindir Mujahid

    Lepas tarik rayuan di mahkamah, Dusuki sindir Mujahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Selepas menarik balik rayuan samannya terhadap bekas Menteri agama, tokoh ulama PAS Ahmad Dusuki Abd Rani kelihatan tidak terjejas dengan tindakan tersebut. Bahkan dia sebaliknya menyindir bekas Menteri terbabit, Mujahid Yusof, sambil menegaskan apa yang akan dilakukannya selepas ini.

    “Saya percaya walaupun tuntutan saya ditolak (mahkamah) ia tidaklah sebesar ditolak sebagai calon ahli Parlimen Parit Buntar apabila Mujahid kalah dalam PRU ke-15 kepada Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dari PN.

    “Itu (kalah dalam PRU) lebih menyayat hati. “Akan keadilan pada saya, biarlah saya munajat sendiri kepada pelaku yang tidak boleh melaksanakan keadilan Islam. “Benarlah, sesungguhnya keadilan itu hanya daripada Allah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

    Semalam Malaysiakini melaporkan bagaimana Mujahid mengangap tindakan Ahmad Dusuki menarik balik proses mahkamahnya di Mahkamah Rayuan sebagai pengakuan pemimpin PAS berkenaan mengenai hakikat tiada aset Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada orang bukan Islam.

    Untuk rekod, Ahmad Dusuki mengemukakan saman ke atas Mujahid berikutan ciapan berbunyi: “Seorang ustaz berdusta, berpuluh ribu jadi mangsa, berlagak tahu segalanya akhirnya telan api fitnah dalam perut dia sendiri, hingga kini tak pernah tarik balik pendustaannya. Allahu mustaan”.

    Susulan itu, Ahmad Dusuki menuntut Mujahid membuat permohonan maaf melalui siaran akhbar serta ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya.

    Bagaimanapun saman Ahmad Dusuki ditolak Mahkamah Sesyen Shah Alam bersama kos RM11,000.00.

    Ahmad Dusuki yang tidak berpuas hati kemudian merujuk samannya itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Di situ sekali lagi rayuan Ahmad Dusuki turut ditolak serta diarah membayar kos RM7,000.

    Beri ‘bukti secukupnya’

    Dia yang turut dikenali sebagai tokoh yang mengendalikan sekolah tahfiz persendirian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan sebelum akhirnya menarik balik permohonan tersebut.

    ALSO READ:  Russia downs 125 Ukrainian drones, residential apartment hit in Voronezh

    Ekoran itu Ahmad Dusuki menjadi sasaran kecaman banyak pihak khususnya yang meminta dia menyedari bahawa amalan memfitnah dijanjikan dosa yang besar, serta bahaya apabila ia dipercayai serta disebarkan pula oleh orang lain.

    Mengulas mengenai kesnya Ahmad Dusuki berkata, sewaktu penghakiman diberikan di mahkamah sesyen, hakim memutuskan ciapan Mujahid lebih kepada teguran dan bukannya fitnah.

    Dakwa Ahmad Dusuki, dia sebenarnya sudah memberikan “bukti secukupnya” kepada hakim untuk menunjukkan Mujahid memfitnah dirinya.

    “Sedangkan saya (plaintif) memberikan bukti secukupnya bahawa kata-kata tersebut adalah fitnah kerana sememangnya terdapat aset Lembaga Tabung Haji atau Tabung Haji atau syarikat berkaitan dengannya yang dijual dan keterangan ini disokong oleh dokumen yang dijadikan eksibit ataupun bukti semasa perbicaraan,” katanya.

    Sementara itu dalam hantaran yang lain Ahmad Dusuki tekal menganggap dia masih di pihak yang benar walaupun mahkamah tidak memihak kepadanya.

    Dia yang pernah menjadi calon PAS semasa PRU ke-14 lalu berkata dalam isu tersebut ada pihak yang “berbelit” dalam berkata-kata semasa di “mahkamah dunia.”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts