Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLetupan akibatkan 100 orang terbunuh, Iran ikrar balas dendam

    Letupan akibatkan 100 orang terbunuh, Iran ikrar balas dendam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL l Dua letupan mengorbankan hampir 100 orang dan mencederakan ratusan lain pada majlis bagi memperingati komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) pada 2020 di Iran, semalam.

    Reuters memetik pihak berkuasa Iran sebagai berkata, serangan itu adalah angkara ‘pengganas’ tetapi dakwaan itu tidak diperincikan.

    Televisyen Iran menyiarkan letupan pertama, diikuti yang kedua selepas 20 minit, semasa acara ulang tahun keempat yang berlangsung di tanah perkuburan tempat Soleimani dikebumikan di tenggara bandar Kerman.

    Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas letupan itu.

    Seorang pegawai kanan pentadbiran Joe Biden di Washington berkata, letupan itu kelihatan seperti serangan pengganas, yang pernah dilakukan oleh militan Negara Islam (IS) sebelum ini.

    Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengutuk jenayah keji dan tidak berperikemanusiaan itu, sementara pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khamenei berikrar akan membalas dendam atas pengeboman itu.

    “Penjenayah kejam. Mereka akan ditangani dengan tegas mulai sekarang dan sudah pasti akan ada tindak balas keras,” kata Khamenei dalam satu kenyataan, menurut media kerajaan.

    Beberapa negara, termasuk Rusia dan Turki, mengutuk serangan itu, sementara Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa mereka yang terbabit, bertanggungjawab.

    Menteri Kesihatan Iran, Bahram Eynollahi memberitahu angka kematian ialah 95 orang, turun daripada 103 orang, sementara 211 yang lain cedera.

    Ini menjadikannya sebagai serangan terburuk dalam sejarah republik Islam itu, yang sebelum ini juga berdepan kejadian yang sama daripada pelbagai pihak, termasuk IS.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts