Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLetupan bom di Narathiwat: Dua maut, tiga cedera

    Letupan bom di Narathiwat: Dua maut, tiga cedera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Dua orang sukarelawan pertahanan telah meninggal dunia dan tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Chanae, Narathiwat.

    Kejadian itu berlaku pada pukul 3.35 petang (waktu tempatan) pada Ahad apabila lima orang sukarelawan sedang dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.

    Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kolonel Direk Chomyong mengatakan bahawa apabila lima orang sukarelawan tiba di tempat kejadian, bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang pada tong gas telah diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie.

    “Letupan tersebut telah menyebabkan lima orang sukarelawan pertahanan cedera.

    “Seorang daripada mereka telah meninggal dunia di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra semalam dan satunya lagi meninggal dunia hari ini,” katanya dalam satu sidang media di Narathiwat pada Selasa.

    Letupan tersebut juga menyebabkan terbentuknya lubang sedalam satu meter di atas jalan raya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts