Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLewat siapkan projek pembangunan beri kesan peranan Lada - LKAN

    Lewat siapkan projek pembangunan beri kesan peranan Lada – LKAN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kelewatan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menyiapkan projek pembangunan memberi kesan terhadap perananan agensi itu sebagai pemangkin kepada pembangunan pelancongan.

    Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 menjelaskan antara projek yang lewat disiapkan Lada ialah Pusat Discovery Geopark (GDC) dan projek Auditorium Kota Mahsuri.

    “GDC yang sepatutnya siap pada tahun 2018 hanya berjaya disiapkan pada tahun 2019 serta dibuka kepada pelancong pada 5 Januari 2020.”

    “Manakala projek Auditorium Kota Mahsuri yang merupakan projek sambungan RMKe-12 hanya disiapkan pada Mei 2022 berbanding peranancangan asal pada April 2017.”

    “Kelewatan penyiapan projek ini menyebabkan manfaat lewat diterima oleh pelancong dan penduduk tempatan,” kata laporan itu.

    Sebelum ini, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) mendakwa kemerosotan pelancong ke Langkawi, khususnya sempena perayaan Deepavali, berpunca daripada kegagalan Lada dan kelemahan penyaluran maklumat berkaitan pergerakan feri.

    Presidennya, Zainudin Kadir, berkata sebagai agensi yang bertanggungjawab membangunkan industri pelancongan di Langkawi gagal menangani kemerosotan itu.

    Zainuddin turut menyuarakan kebimbangan pulau itu akan menjadi “pekan hantu’ jika masalah itu tidak ditangani.

    Sementara itu LKAN dalam laporannya menjelaskan daripada analisis yang dijalankan mendapati kehadiran 780,176 pelancong pada tahun 1990 meningkat lima kali ganda kepada 3.92 juta pada tahun 2019.

    Kedatangan pelancong tertinggi dicatatkan pada tahun 2019 susulan penganjuran acara Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) di samping pelaksanaan produk dan projek pembangunan BPL bagi tahun 2011 hingga 2015 (RMK Ke-10).

    Menurutnya, kedatangan pelancong menurun kepada 1.80 juta dan 1.09 juta pada tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19.

    Bagaimanapun kehadiran pelancong melonjak semula kepada 2.58 juta pada tahun 2022 disebabkan pengenalan program Gelembung Pelancongan.

    ALSO READ:  Kerusi Pulai, Simpang Jeram milik Amanah - Anwar

    Menurut LKAN Lada memberi maklum balas bahawa kemasukan pelancong ke Langkawi bukan hanya disebabkan faktor pembangunan fizikal tetapi turut dipengaruhi oleh faktor lain seperti keindahan alam semulajadi Langkawi dan keunikan budaya tempatan.

    Menurut Lada, persaingan yang hebat dan promosi yang mantap di peringkat domestik dan luar negara turut mempengaruhi kedatangan pelancong ke Langkawi.

    “Selepas Covid-19 yang melumpuhkan industri pelancongan dunia, Lada menetapkan sasaran penetapan kemasukan pelancong adalah pada 2.5 juta dan mencapai sasaran malah melebihi sehingga 2.58 juta pada tahun 2022.

    “Lada juga menetapkan sasaran pelancong seramai 3.2 juta orang pada tahun 2023. Pelbagai strategi promosi dilaksanakan bagi mencapai sasaran tersebut dengan penglibatan Tourism Malaysia dan pemain industri.

    “MasPlan yang dilancarkan pada tahun 2016 akan disemak semula selaras dengan situasi pasaran semasa khususnya selepas pandemik Covid-19 dan setelah tujuh tahun diguna pakai,”kata Lada dalam laporan itu.

    Tambahnya, pembinaan Menara MAHA dengan nilai GDC berjumlah RM220 juta telah berjaya disiapkan pada tahun 2022 dan telah menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts