Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLewat tuntut ganti rugi pecak kontrak, UITM berpotensi hilang RM51.8 juta

    Lewat tuntut ganti rugi pecak kontrak, UITM berpotensi hilang RM51.8 juta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021, Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpotensi kehilangan hasil sebanyak RM51.08 juta kerana lewat dalam melaksanakan proses tuntutan ganti rugi terhadap 239 pemegang biasiswa yang telah memecah kontrak. Kelemahan dalam pelaksanaan tindakan tersebut juga telah menyebabkan kehilangan hasil sebanyak RM7.49 juta.

    Hasil daripada penemuan audit yang dijalankan kepada 381 daripada 1,496 penghutang pecah kontrak yang dipilih hingga Disember 2021, jumlah semakan bagi sampel ini melibatkan RM67.08 juta. Terdapat 86 daripada 381 penghutang pecah kontrak dengan jumlah hutang keseluruhan sebanyak RM6.23 juta telah dihapus kira oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan (JKP) UiTM pada tahun 2019.

    LKAN 2021 menjelaskan bahawa penghapusan kira berjumlah RM6.23 juta ini dilakukan kerana had masa melebihi enam tahun daripada tarikh pecah kontrak. Hal ini telah menghalang UiTM untuk melaksanakan proses pemfailan saman di mahkamah dan kehakiman. Selain itu, beberapa penghutang juga telah difailkan kebankrapan dan tiada fail penghutang yang pecah kontrak di Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) UiTM.

    LKAN 2021 turut memaklumkan bahawa sebanyak 259 daripada 1,496 pemegang biasiswa telah memecah kontrak kerana gagal menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam perjanjian. Jumlah keseluruhan ganti rugi untuk pemegang biasiswa yang pecah kontrak ini adalah sebanyak RM52.34 juta.

    Kelewatan UiTM dalam melaksanakan proses tuntutan ganti rugi terhadap penghutang pecah kontrak telah menyebabkan kehilangan hasil sebanyak RM1.26 juta dan berpotensi kehilangan hasil sebanyak RM51.08 juta, seperti yang dinyatakan dalam laporan itu.

    Selain itu, laporan audit tersebut mengenal pasti bahawa kelewatan dalam menyediakan kertas kerja untuk kelulusan Jawatankuasa Induk Peningkatan Kerjaya Sumber Manusia UiTM (JKI-PKSM) dan ketiadaan beberapa dokumen berkaitan pemegang biasiswa pecah kontrak juga menjadi punca utama kegagalan dalam melaksanakan tuntutan ganti rugi.

    ALSO READ:  ‘Well you’re dead anyway’: Passenger reveals OceanGate CEO’s unsettling response to underwater emergency

    Laporan audit ini mengesyorkan agar UiTM memastikan pekeliling, prosedur kerja, dan kontrak yang berkuat kuasa dipatuhi, dilaksanakan, dan dipantau dengan cekap dalam tuntutan ganti rugi terhadap pemegang biasiswa yang pecah kontrak.

    Selain itu, koordinasi, komunikasi, dan pemantauan kerja antara Bahagian Kemajuan Kerjaya UiTM, Unit Kewangan Zon 2, Pejabat Bendahari, dan Pejabat PUU UiTM juga perlu diperbaiki, baik di peringkat pelaksanaan mahupun pengurusan tertinggi. Tindakan perundangan dan kutipan semula wang awam yang berhubungan juga harus dipantau dan ditambah baik.

    UiTM juga disyorkan untuk memastikan pekeliling dan kontrak tuntutan ganti rugi lebih baik, dengan penjelasan yang terperinci bagi pemberhentian tindakan undang-undang terhadap penghutang pecah kontrak yang tamat pengajian di luar tempoh yang sepatutnya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts