Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLFL bidas AG kata pendakwa tak perlu beritahu alasan gugur tuduhan

    LFL bidas AG kata pendakwa tak perlu beritahu alasan gugur tuduhan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Zaid Malek membantah kenyataan yang dibuat Peguam Negara (AG) Ahmad Terrirudin Salleh bahawa pendakwa raya tidak perlu menyatakan sebab menggugurkan sebarang pertuduhan jenayah kepada manak-mana pihak.

    “Ini kenyataan yang cukup mengganggu daripada AG dan mengecewakan apabila ia dinyatakan semasa acara pembukaan Tahun Perundangan 2024.

    “Jika AG tidak perlu menyatakan sebab kepada orang awam, seperti yang didakwa Terrirudin, bermakna dia tiada kebertanggungjawaban terhadap orang awam.”Ini adalah dakwaan baru dan tidak pernah dibuat sebelum ini…Ia juga bertentangan dengan kedaulatan undang-undang dan memang salah,” kata Zaid dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Terrirudin berkata pendakwa raya tidak perlu berbuat demikian kerana mereka diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan sedemikian di bawah Perlembagaa Persekutuan.

    Ahmad Terrirudin Salleh

    Mengulas lanjut, Zaid berkata dalam demokrasi di Malaysia, tanggapan bahawa penjawatan awam tidak tertakluk kepada penelitian awam salah sama sekali.

    “Selain itu, Mahkamah Persekutuan berulang kali membuat keputusan dan kes (sebelum ini) yang AG tiada budi bicara mutlak dalam memulakan atau menghentikan pendakwaan.

    “Ia diperkukuh dan ditekankan baru-baru ini oleh ketua hakim negara dalam kes ‘Sundra Rajoo lawan Menteri Dalam Negeri dan pihak-pihak lain’,” katanya.

    Memandangkan budi bicara itu tidak mutlak, katanya, sebab keputusan dibuat mesti diberikan.

    “Tiada pegawai awam, sama ada AG mahupun perdana Menteri, yang boleh menggunakan kuasanya secara sewenang-wenangnya atau tanpa menyatakan sebabnya. Perbuatan itu adalah despotisme, bukannya demokrasi.

    “Kenyataan AG itu nampaknya reaksi terhadap kritikan meluas daripada pihak awam susulan pengguguran 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan sekutu politik utama Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Jika begitu, penjelasannya tidak dapat dipertahankan dari sisi perundangan dan perlembagaan dan tidak mengukuhkan keyakinan terhadap sistem keadilan jenayah,” katanya lagi.

    ALSO READ:  Pakai logo Hamas, Briged al-Qassam boleh dipenjara di Singapura

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts