Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLFL bidas cadangan kabinet beri teguran pada MP melalui speaker

    LFL bidas cadangan kabinet beri teguran pada MP melalui speaker

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam bagi Liberty (LFL) mengutuk cadangan agar kabinet mengeluarkan teguran kepada ahli Parlimen melalui Speaker Dewan Rakyat berhubung kenyataan yang membingungkan yang dibuat semasa sidang Parlimen.

    Penasihat kumpulan hak asasi manusia, N Surendran berkata, jika kabinet meneruskan “langkah luar biasa” susulan desakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil itu, ia boleh melanggar keistimewaan Parlimen dan melakukan penghinaan terhadap Dewan.

    “Saya tidak pernah mendengar kenyataan sebegini daripada kabinet, ditujukan kepada Parlimen. Parlimen bukanlah jabatan kerajaan yang boleh diberikan teguran oleh kabinet.

    “Perkembangan berbahaya ini mesti dihentikan segera. Pelanggaran oleh ahli Parlimen semasa prosiding Parlimen mesti ditangani oleh Dewan sendiri, mengikut peraturan tetap,” kata Surendran dalam satu kenyataan hari ini.

    Ini sebagai respons kepada kenyataan Fahmi pada sidang media selepas mesyuarat kabinet semalam, bahawa jemaah Menteri akan menghubungi pejabat Speaker Dewan Rakyat berhubung “kenyataan salah” yang dikeluarkan ahli Parlimen semasa perbahasan mereka di Parlimen sejak dua minggu lepas.

    “Insya-Allah jemaah Menteri akan berhubung dengan pejabat Tan Sri Speaker untuk pastikan (ia tidak berulang) kerana seolah-olah ada sikap cakap dahulu, minta maaf kemudian,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.

    “Ada pertikaian sama ada terdapatnya penyesalan, adakah mereka faham bahawa apa yang disebut itu tidak betul dan benar, tidak kira (ahli Parlimen) Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan), Pengkalan Chepa (Datuk Ahmad Marzuk Shaary) atau Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang),” katanya dipetik Bernama.

    Melemahkan Parlimen

    Mengulas lanjut, Surendran berkata Dewan Rakyat mempunyai kuasa dan kawalan penuh ke atas hal ehwal atau persidangannya dan tidak memerlukan pengaruh “luar”.

    “Menteri ialah individu atas kapasiti mereka sebagai ahli Parlimen boleh membangkitkan kebimbangan di Dewan atau menggerakkan usul untuk menggantung ahli Parlimen, tetapi Menteri tidak boleh dalam perananan kolektif dan sebagai anggota kabinet, cuba mengawal selia atau campur tangan dalam hal ehwal Parlimen.

    ALSO READ:  Soccer-New Tonali charges come as no surprise to Newcastle boss Howe

    “Membiarkan hal ini akan membawa kepada kemerosotan Parlimen, dan menuju ke arah kabinet yang bersifat diktator.

    “Tidak kira gabungan politik mana yang berkuasa, sama ada Pakatan Harapan/BN atau Perikatan Nasional, prinsip ini mesti dipertahankan,” kata bekas pemimpin PKR yang juga bekas ahli Parlimen itu.

    Dia menggesa anggota kabinet supaya tidak terlepas pandang bahawa kabinet berkhidmat untuk Dewan Rakyat, dan bukan sebaliknya.

    Justeru, Surendran menggesa jemaah Menteri tidak menuruti cadangan Fahmi, dan mengelak daripada mengeluarkan arahan atau teguran dalam apa jua bentuk kepada Dewan melalui Speaker, atau sebaliknya.

    “Kabinet juga mesti meningkatkan pemahamannya mengenai Parlimen dengan mengambil langkah untuk memahami dan mematuhi peruntukan dan undang-undang perlembagaan yang memperuntukkan autonomi dan kebebasan institusi Parlimen.

    “Sementara itu, speaker dan ahli Parlimen mesti sentiasa berwaspada dan bersungguh-sungguh menentang sebarang pencerobohan atau ancaman terhadap kebebasan Parlimen dan autonomi prosidingnya,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts