Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLim ingatkan Hadi: Lee Kuan Yew pernah jumpa kerajaan Kelantan

    Lim ingatkan Hadi: Lee Kuan Yew pernah jumpa kerajaan Kelantan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengimbas Kembali saat kerajaan Kelantan pimpinan PAS menerima kunjungan bekas perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew pada 2009.

    Dia membangkitkan peristiwa itu setelah Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli dan penyokong Umno di Hulu Selangor berkenaan DAP yang didakwanya ingin merampas kuasa politik Melayu di Malaysia, dan menyamakannya dengan keadaan di Singapura.

    Lim juga berkata pada Oktober tahun lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengadakan pertemuan dengan delegasi Singapura, antaranya Menteri Luar Vivian Balakrishnan dan Menteri Pembangunan Nasional Desmond Lee.

    Ketika pertemuan itu, katanya, Tuan Ibrahim bercakap tentang kerjasama dan pelaburan dari Singapura ke empat Negeri yang ditadbir PAS, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu.

    “DAP hanya membuat komunikasi rasmi dengan kerajaan Singapura ketika Pakatan Rakyat menang di lima Negeri selepas tsunami politik PRU 2008.

    “PAS nampaknya ada hubungan baik dengan Singapura berbanding kerajaan Negeri DAP,” katanya lagi.

    Semalam, Abdul Hadi terus menyasarkan DAP ketika berucap di “Ceramah Perdana” PB di Batang Kali, yang menjadi penampilan sulungnya dalam kempen kali ini.

    Dia juga mendakwa DAP yang lahir dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura adalah parti ekstrem dan melampau yang mahu merampas kuasa politik secara halus dan licik sehingga boleh menyebabkan kekacauan di dalam negara.

    Mengulas lanjut, Lim mendakwa PAS dan PN tidak layak memimpin negara kerana terus menggunakan kaum dan agama untuk meraih undi, sehingga menjejaskan perpaduan nasional.

    “Dakwaan Hadi yang DAP mahu menghancurkan Islam adalah sangat tak bertanggungjawab an berbahaya. Pertamanya, Hadi tak dapat tunjuk sebarang bukti. Lebih penting, tiada kuasa di dunia ini yang dapat menghancurkan Islam sebagai salah satu agama besar dalam sejarah.

    ALSO READ:  Audit 1MDB: Rayuan pendakwaan cacat, petisyen tak difailkan

    “Islam akan kekal dan akan jadi agama terbesar di dunia dalam tempoh 30 tahun. Tiada orang, apatah lagi Hadi, yang percaya DAP mahu menghancurkan Islam.

    “Penipuan melampau seumpama itu adalah ancaman yang jelas terhadap keharmonian kaum dan agama di negara ini. PAS tidak layak sama ada untuk menjadi wakil di Kuala Kubu Bharu mahupun mengetuai kerajaan,” katanya lagi.

    ‘Perlu kerja lebih keras esok’

    Sementara itu, Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi PH Negeri Amirudin Shari berkata mereka perlu bekerja keras pada hari mengundi esok bagi memastikan kemenangan calonnya Pang Sock Tao.

    Dia berkata demikian kepada Malaysiakini selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Maysrakat India Kuala Kubu Bharu di Batang Kali, hari ini.

    Amirudin Shari

    “Saya percaya PH akan mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu.

    “Tapi, saya kena kerja keras esok kerana pihak lawan buat kempen yang agak agresif.

    “Kita kena lawan balik bagi memastikan penyokong PH dan BN keluar mengundi. Saya percaya (dapat menang di) DUN Kuala Kubu Bharu dengan kerjasama rakan-rakan daripada kerajaan perpaduan,”katanya.

    Kempen PRK Kuala Kubu Bhraru secara rasmi akan tamat pada 12 tengah malam ini.

    Pang dicabar calon PN Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts