Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLima ditahan kes gaduh depan restoran makanan segera

    Lima ditahan kes gaduh depan restoran makanan segera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menahan empat lelaki tempatan dan seorang warga asing kerana terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata penahanan kesemua lelaki tersebut berikutan pihak polis menerima laporan berkenaan video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter MALAYSIA MOST VIRAL yang memaparkan kejadian pergaduhan tersebut.

    Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati dipercayai perselisihan faham antara pekerja restoran dan warga asing yang dikatakan mengganggu pengurus restoran.

    “Lima individu tempatan berumur 20 tahun dan seorang warga asing berumur 33 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan yang berlaku pada Ahad, jam 8.30 malam. Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata empat lelaki tempatan yang ditahan direman selama sehari pada 6 Feb (hari ini) manakala lelaki warga asing itu direman empat hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts