Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLobi dari pelobi rokok juga sebahagian amalan demokrasi - MP PH

    Lobi dari pelobi rokok juga sebahagian amalan demokrasi – MP PH

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Amalan melobi adalah perkara biasa dalam isu membabitkan sesuatu akta yang dibentangkan kerajaan, kata Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching).

    Katanya adalah tidak adil mendakwa kerajaan tunduk kepada pelobi ataupun pemain industri dalam isu membabitkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023,

    “Ada yang kata lobi-lobi industri berkuasa dan kita (kerajaan) tunduk, secara jujur saya berkata ini juga sebahagian daripada demokrasi.

    “Setiap akta yang ada…ada lobi-lobi. Kenapa cuma dalam isu ini kita kata kerajaan tunduk pada industri,” katanya ketika berbahas di Dewan Rakyat hari ini.

    Kelvin berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

    Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerima kecaman apabila kementeriannya menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi warga yang lahir selepas 1 Januari 2007, daripada RUU itu.

    Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mendakwa Zaliha dan KKM tunduk kepada pelobi dan pemain industri tembakau sehingga menggugurkan peruntukan yang lebih dikenali sebagai “generasi penamat” itu.

    Sebelum ini Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata, peruntukan berkenaan GEG dalam RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, boleh dicabar di mahkamah.

    Susulan itu, Dr Zaliha menarik semula RUU tersebut pada 28 Nov lalu sebelum versi baru dibentangkan untuk bacaan kali pertama.

    Mengulas lanjut, Kelvin berkata banyak naratif telah digunakan dalam RUU berkenaan bagi menampakkan kerajaan tunduk kepada pelobi.

    Namun katanya, sebagai individu yang terbabit dalam jawatankuasa berkaitan RUU itu, pandangan pemain industri juga perlu diberi perhatian.

    “Sebenarnya tentangan bukan saja datang dari pemain industri, banyak pihak lain juga menentang, banyak pihak lain tidak boleh menerima ini.

    ALSO READ:  AGC tolak gesaan Hamzah supaya semak 'pendakwaan terpilih'

    “Alasan diberikan walaupun tidak bersetuju ia munasabah, kita haruslah juga tangani isu-isu tersebut,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts