Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLogo di tapak kasut: Polis terima 8 laporan - IGP

    Logo di tapak kasut: Polis terima 8 laporan – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah menerima lapan laporan di seluruh negara setakat ini berkaitan isu logo sebuah syarikat kasut terkenal didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata berikutan itu satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan.

    “Polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun, petang tadi, di Pulau Pinang yang mendakwa melihat satu video berhubung isu kalimah Allah di tapak kasut di laman Facebooknya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial berkenaan seorang lelaki mendakwa  kasut Vern’s yang dibelinya memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam maklum balas berkaitan isu itu berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut, esok.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts