Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLoke berang, terkejut dengan keputusan MyAirlines

    Loke berang, terkejut dengan keputusan MyAirlines

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang jelas sekali berang dengan pembatalan penerbangan dan penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah MYAirlines Sdn Bhd, berkata kementeriannya terkejut dengan keputusan mereka, hari ini.

    Pada sidang akhbar di lobi parlimen, hari ini, Loke menganggap tindakan syarikat penerbangan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan kira-kira 125,000 penumpang terjejas dengan keputusan mengejut itu.


    “Kami terkejut. Kami hanya mengetahuinya (keputusan untuk menghentikan operasi) lewat malam tadi dan pada pukul 6 pagi mereka telah menggantung semua operasi.

    “Mavcom (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) tidak dimaklumkan pun (mengenai perkara itu),” katanya.

    Tambah Loke, nilai jualan tiket – yang ditempah sehingga Mac 2024 – berjumlah kira-kira RM 20 juta.

    “Jadi, biasanya, untuk sekali tempah dalam rekod syarikat jual tiket hingga Mac depan. Nilai tiket keseluruhan sebanyak RM20 juta.

    “Namun, MYAirline telah memberi jaminan akan menunaikan kewajiban mereka dan membuat balik kepada penumpang yang terjejas,” katanya.


    Menurut Loke, MYAirline juga diarahkan menyediakan kaedah jelas untuk membuat pembayaran balik tiket penerbangan atas kerugian yang terpaksa ditanggung pelanggannya.

    Katanya, tindakan syarikat penerbangan menghentikan operasi itu juga menjejaskan nama baik negara memandangkan ada penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan mereka.

    Tambahnya, Mavcom juga diarah untuk membentuk pasukan petugas khas dan bekerjasama dengan Bank Negara dalam memastikan kaedah pembayaran balik kepada pembeli tiket yang membayar dengan kad kredit.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts