Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLoke jelaskan dakwaan hadiri 'jamuan makan kongsi gelap’, heret presiden MCA

    Loke jelaskan dakwaan hadiri ‘jamuan makan kongsi gelap’, heret presiden MCA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    NOTA EDITOR: Artikel ini telah dikemas kini dengan respons daripada Anthony Loke.


    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa dia menghadiri sebuah majlis makan malam geng kongsi gelap. Pada masa yang sama, dia juga mengaitkan Presiden MCA Wee Ka Siong.

    “Ia adalah persatuan yang berdaftar dengan sewajarnya di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS). Adalah perkara biasa bagi wakil rakyat menghadiri majlis makan malam mengumpul dana persatuan Cina,” katanya kepada Malaysiakini.

    Menteri pengangkutan itu juga berkongsi nama pertubuhan itu sebagai “Kelab Sosial Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.

    Loke kemudiannya merujuk catatan di Facebook pada 10 Mac oleh Wee semasa menghadiri acara Kelab Sukan dan Rekreasi Saudagar Malaysia.

    Menurut Wee, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing juga hadir pada majlis itu.

    Loke mengulas catatan Telegram Edisi Siasat yang mendakwa dirinya dan beberapa wakil rakyat DAP lain menghadiri “makan malam Geng 04” pada 3 Mac.

    Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, yang turut hadir pada majlis itu, memberitahu bahawa majlis itu sebenarnya adalah “makan malam bagi mengumpul dana yang dianjurkan oleh sebuah persatuan perdagangan yang berdaftar”.

    Lim Lip Eng

    Ahli parlimen DAP itu berkata majlis makan malam tersebut diadakan di sebuah dewan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

    “Adakah salah saya terima jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam?” soalnya.

    Sebelum ini, akhbar Sin Chew melaporkan bahawa majlis makan malam pada 3 Mac itu dianjurkan oleh sebuah persatuan perdagangan dan industri bagi mengutip dana yang bertujuan untuk membina sebuah bangunan.

    Adalah juga dilaporkan bahawa Loke telah menderma RM40,000, manakala Lim dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai menyumbang RM5,000 setiap seorang.

    ALSO READ:  Isu REE: Sanusi heret Saifuddin ke mahkamah kerana fitnah

    Turut hadir adalah Adun DAP Wong Siew Ki (Seri Kembangan), Yew Jia Haur (Teratai) dan Ong Chun Wei (Balakong).

    Edisi Siasat, juga memuatkan klip 44 saat majlis itu, dan mendakwa ia adalah “jamuan makan malam Geng 04” dengan “logo” kumpulan itu turut dipaparkan.

    “Geng 04 buat jamuan makan mlm besar2 siap tayang logo kongsi gelap depa.

    “Tengok2 ahli politik DAP ramai2 kat situ termasuk Menteri Pengangkutan Anthony Loke !!

    “Malaysia Madani !! Ha3.”

    Edisi Siasat sering mendedahkan dokumen bocor serta dakwaan penyalahgunaan dan rasuah berkaitan polis dan jabatan kerajaan yang lain.

    Logo pada sepanduk di belakang pentas tersebut mempunyai sedikit persamaan dengan salah satu daripada 49 logo geng yang diterbitkan oleh polis pada 2013.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts