Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLoke: Maaflah, tiada lagi diskaun saman JPJ

    Loke: Maaflah, tiada lagi diskaun saman JPJ

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pengangkutan telah membuat keputusan untuk tidak menawarkan diskaun lagi bagi saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan bahawa kementerian telah menetapkan dasar tersebut sejak beliau dilantik sebagai Menteri pada tahun 2018.

    “Kita sudah ada dasar sejak tahun 2018 lagi. Sejak saya jadi Menteri tahun 2018 saya sudah tetapkan dasar tak ada diskaun untuk saman JPJ,

    “Mengapa dibuat begitu? Kalau kita ingat, saya membatalkan lebih 4 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada tahun 2018. Pada ketika itu memang ramai orang menyambut baik, tetapi saya sudah beritahu bahawa itu one off sahaja dan bukannya dijadikan sebagai precedent.

    “Kalau kita kutip saman itu, RM600 juta lebih hasil kepada kerajaan tetapi kita write off (menghapuskannya),” katanya kepada pemberita pada program Setahun Bersama Malaysia Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan beberapa pengunjung tidak berpuas hati apabila mendapat tahu JPJ tidak menawarkan diskaun saman pada acara berkenaan.

    Sebanyak 102 perkhidmatan kerajaan disediakan pada acara tiga hari itu, termasuk tawaran diskaun 50 peratus bagi saman kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan polis.

    Bagaimanapun, beberapa organisasi media melaporkan JPJ turut menawarkan diskaun pada program berkenaan, yang kemudian didapati tidak benar.

    Berikutan kekecohan semalam, Loke berkata satu mesyuarat telah diadakan dengan pegawai kementerian dan agensi terbabit untuk menjelaskan isu itu.

    Dia bagaimanapun berkata JPJ bertegas tidak akan berkompromi dengan memberi diskaun bagi saman berkaitan kesalahan lalu lintas.

    “Saman untuk mendidik tetapi kalau kita bagi diskaun seolah-oleh boleh ditolakansurkan. Dan kita mendapat maklum balas daripada orang ramai bahawa apabila kementerian beri diskaun, ia tidak adil kepada mereka yang bayar pada masa ditetapkan ataupun mereka yang membayar awal,” katanya.

    ALSO READ:  PN nampak kes Zahid bawa sinar cerah di Simpang Jeram

    Loke bagaimanapun berkata dia tidak dapat mengulas mengenai agensi lain seperti polis, kerana agensi terbabit mungkin mempunyai pertimbangan lain.

    “Walaupun ada orang harapkan ada diskaun, maaflah. Tetapi kita buat program lain seperti pemberian topi keledar percuma dan cara-cara lain untuk kita membantu,” katanya.

    Terdahulu Loke mengumumkan kementerian itu akan mengagihkan tambahan 2,000 topi keledar pada program itu esok.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts