Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLoke: Pesawat tersasar dari laluan beberapa minit sebelum terhempas

    Loke: Pesawat tersasar dari laluan beberapa minit sebelum terhempas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam petang tadi telah tersasar dari laluan asalnya sebelum terhempas, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

    Katanya, lencongan mengejut itu berlaku tiga minit selepas mendapat pelepasan dari menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Subang pada 2:48 petang.

    “Kita tidak mahu mana-mana pihak membuat apa-apa spekulasi pada ketika ini, sebab siasatan sedang dijalankan.

    “Tetapi daripada pengamatan awal pesawat tersebut telah melencong ke tepi daripada laluan penerbangan sebelah kanan yang sepatutnya,” kata Loke kepada pemberita semasa sidang media di Lapangan Terbang Subang hari ini.

    Lapan orang penumpang berada di dalam pesawat Beechcraft Model 390, apabila ia terhempas dua minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Subang, petang tadi.

    Ketika terhempas, pesawat itu dilaporkan mengenai sebuah motosikal dan sebuah kereta, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian.

    Selain Loke, sidang media itu turut disertai Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan dan Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Norazman Mahmud.

    Hussein memberitahu sidang media sebelum ini bahawa bahawa mayat korban telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk bezah siasat.

    ‘Nama belum disahkan’

    Selepas itu, Loke menyatakan nama mangsa dalam penerbangan itu semasa sidang media.

    Bagaimanapun, dia menjelaskan nama yang disebutnya itu diperoleh daripada senarai rekod penerbangan itu.

    “Walaupun polis telah mengesahkan tiada mangsa terselamat dalam kejadian itu, namun identiti mangsa perlu disahkan melalui proses forensik, yang sedang dilaksanakan oleh pihak hospital dan pengesahan itu akan diumumkan oleh pihak polis,” katanya.

    Mereka yang namanya disebut berada dalam penerbangan itu ialah dua juruterbang; Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim, dan penumpang: Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Johari Harun, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.

    ALSO READ:  Legal action against errant lorry, trailer drivers stringent enough, say Loke

    Jelasnya lagi, dua pemandu di atas jalan rayat yang maut akibat kemalangan itu masih belum dikenal pasti.

    Pada sidang media sama juga, Loke berkata Biro Siasatan Kemalangan Udara telah dikerah ke lokasi nahas untuk mencari kotak hitam pesawat malang berkenaan.

    “Biro Siasatan Kemalangan Udara telahpun diaktifkan dan berada di tapak nahas, kotak hitam sedang dicari…

    “Kita tak dapat memberi maklum balas pada ketika ini, sebab siasatan sedang dijalankan dan apabila kita dapat maklumat awal kita akan umumkan.

    [Baca berita penuh](https://www.malaysiakini.com/news/676083)

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts