Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLoke sahkan tak ada gerakan jatuhkan Chow di Pulau Pinang

    Loke sahkan tak ada gerakan jatuhkan Chow di Pulau Pinang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tiada gerakan untuk menjatuhkan atau menukar Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sehingga habis penggal pilihan raya Negeri, tegas Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

    Loke berkata Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan seluruh jawatankuasa tertinggi pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.

    Bahkan, katanya, tidak timbul isu hubungan dingin di antara Lim dan Chow.

    “Saya dengar pelbagai khabar angin ada masalah dalaman kerjaan Negeri (Pulau Pinang) dan ada cakap-cakap kata ada gerakan jatuhkan Chow sebagai ketua Menteri.

    “Saya tidak pernah jawab kepada media di Kuala Lumpur atau Putrajaya kerana saya nak datang Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang hari ini dan jawab.

    “Saya nak tegaskan dengan lantang yang tiada sebarang gerakan untuk jatuhkan Chow. Itu semua khabar angin dan merepek, kita semua termasuk CEC telah beri sokongan dan kepercayaan kepada beliau (Chow) untuk terajui Pulau Pinang.

    “Semua (tuduhan dan khabar angin) itu tidak betul dan saya tidak mahu ia menjejaskan perjalanan pentadbiran di Negeri ini,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di George Town hari ini.

    Chow Kon Yeow

    Turut hadir Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Lim serta barisan kepimpinan Negeri parti itu dan perwakilan DAP Negeri.

    Sementara itu, Loke yang juga Menteri pengangkutan pada sidang akhbar selepas itu berkata dia menaruh kepercayaan kepada Chow dan berharap semua ahli parti terus berdiri teguh di belakang DAP dan kerajaan Negeri.

    Loke berkata dakwaan ada gerakan menjatuhkan Chow sebagai ketua Menteri adalah berdasarkan laporan media dan dia pilih hari ini untuk menyatakan secara jelas bahawa pucuk pimpinan DAP telah membuat keputusan jelas memilih Chow menerajui Pulau Pinang.

    ALSO READ:  Anggota polis maut dipercayai dipukul

    “Sebelum PRN yang lalu DAP memberikan sokongan kepada Chow sebagai calon ketua Menteri dan untuk menerajui kempen pilihan raya, beliau telah pun memimpin DAP Pulau Pinang ke arah kejayaan dengan berjaya mempertahankan 19 kerusi DUN (dewan undangan Negeri) DAP seterusnya bentuk kerajaan Negeri bersama rakan-rakan lain.

    “Kami semua beri sokongan dan kepercayaan kepada beliau (Chow), tak ada calon lain dan tak ada apa-apa pertikaian malah kepimpinan tertinggi juga telah sebulat suara memilihnya.

    “Keputusan untuk memilih beliau bukanlah keputusan saya, bukan keputusan Lim Guan Eng, ia dibuat secara kolektif dan sebarang pertukaran juga perlu dibuat dalam perbincangan CEC parti,” katanya.

    Minum kopi sama-sama

    Loke berkata Chow juga menyatakan komitmen hanya menerajui Pulau Pinang sebagai ketua Menteri selama dua penggal seperti termaktub dalam perlembagaan Negeri dengan penggal terakhir sekarang ini.

    Pada masa sama, kata Loke, Chow melaksanakan pelan peralihan DAP termasuk memilih calon ketua Menteri baru bagi menggantikannya.

    Loke berkata Chow bersama DAP Pulau Pinang akan bersama-sama mengenal pasti pengganti ketua Menteri dalam tempoh empat tahun ini, namun setakat ini belum membuat sebarang keputusan siapa calon seterusnya.

    “Belum ada apa-apa keputusan siapa penggantinya sebab ada empat tahun lagi tapi proses itu sudah bermula dan perlu ada.

    “Kita kena lihatlah siapa yang ada potensi, siapa yang ada kelayakan dan siapa yang ada prestasi yang baik. Penggantinya mungkin dipilih daripada ADUN atau ahli parti dan sekarang ini bukan masanya untuk jatuhkan sesiapa,” katanya.

    Loke turut menafikan hubungan dingin antara Chow dan Lim malah memaklumkan hubungan mereka berdua dalam keadaan baik sahaja.

    “Dingin? Saya nampak okey sahaja tadi, sama-sama minum kopi sambil duduk atas pentas tadi.. tak ada yang dingin,” katanya.

    ALSO READ:  Anwar ke Thailand, bincang isu kos sara hidup makin meningkat

    Sebelum ini, beberapa khabar angin bertiup kencang apabila ada yang mendakwa hubungan Lim dan Chow dingin susulan isu-isu berkaitan PRN.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts