Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLoke: Semua parti k'jaan setuju tak sentuh perlembagaan parti masing-masing

    Loke: Semua parti k’jaan setuju tak sentuh perlembagaan parti masing-masing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Setiap parti dalam negara ini mempunyai perjuangan dan pandangan sendiri, namun itu bukanlah masalah untuk mana-mana pihak bergabung menjadi satu pakatan. Justeru, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata partinya tidak perlu menggugurkan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana ia sudah dijelaskan sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk.

    Malah, katanya, persefahaman sudah dicapai agar semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan tidak menyentuh perlembagaan parti masing-masing. “Sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.

    “Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah berpuas hati dengan penjelasan kita sebelum Barisan Nasional (BN) bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.

    “Peruntukan dalam perlembagaan DAP ialah beberapa perkara asas yang menjadi kebimbangan kepada orang Melayu sudah saya jelaskan.

    “DAP mendokong prinsip terbabit termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas berucap dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) di Wisma DAP Muar, Taman Sakeh Baru, malam tadi.

    Loke berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, supaya DAP menggugurkan tuntutan ‘Malaysian Malaysia’ dan menggesa komponen PH menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota Bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti berkenaan daripada mendapat sokongan orang Melayu.

    Rabu lalu, Nur Jazlan ketika mempertahankan partinya berkata bahawa pihak lain dalam kerajaan campuran perlu berubah jika mahu diterima oleh orang Melayu. Ujarnya, majoriti pengundi Melayu Selangor dan Johor masih tidak boleh menerima dengan mudah cara politik DAP.

    ALSO READ:  Ribuan berarak ke Dataran Merdeka tuntut hak pekerja

    Menyusul kenyataan itu, Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker berkata sudah tiba masanya DAP mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Menurut Ti, jika konsep ‘Malaysian Malaysia’ itu selari dengan perjuangan Perikatan (1955) dan wawasan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman maka DAP perlu menghuraikan konsep tersebut dalam konteks budaya, bangsa dan negara.

    Mengulas lanjut, Loke juga menegaskan perkara itu sepatutnya tidak diungkit lagi atau mencipta polemik yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai. Kata Loke, ini kerana DAP juga tidak pernah meminta parti lain meminda perlembagaan kerana semua parti mempunyai prinsip perjuangan atau ideologi masing-masing.

    “Bagi saya masing-masing ada pandangan dengan setiap parti ada prinsip perjuangan, ini tidak menjadi masalah apabila kita bekerjasama dalam satu gabungan politik terutama apabila membentuk Kerajaan Perpaduan.

    “Tetapi apa yang penting pada hari ini, kita membentuk Kerajaan Perpaduan, bekerjasama atas parameter dengan paling penting kita mengangkat dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

    Tambah Loke, dia sedia maklum bahawa semua pihak kini sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan pengundi. Oleh itu, kata Loke daripada mencipta situasi seperti ini, adalah lebih baik parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan menumpukan perhatian mendapat sokongan terutama pengundi Melayu.

    “Tetapi saya nak nyatakan di kawasan saya (Parlimen Seremban) dengan pengundi adalah majoriti Melayu, tetapi saya menang, jadi tak timbul DAP tak boleh mendapat sokongan Melayu.

    “Ya, kita kena berusaha. Kita ada cabaran dan saya setuju. Tapi tak bermaksud bahawa DAP ditolak oleh Melayu semata-mata. Saya punya kawasan sendiri majoritinya pengundi Melayu, malah lebih ramai.

    “Sama ada di parlimen Seremban mahupun di kawasan DUN saya, dua-dua kawasan, pengundi Melayu lebih ramai daripada pengundi Cina. Tapi saya menang dengan majoriti yang agak tinggi juga. Jadi ini membuktikan bahawa kalau kita punya kerja, kita punya pendekatan dan khidmat kita kepada masyarakat akan dinilai oleh pengundi.

    ALSO READ:  Swimming-Swim England promises change after report points to 'culture of fear' at clubs

    “Bukannya dia nilai dari segi ideologi parti masing-masing. Tetapi juga menilai kerja kita dan track rekod kita,” tambahnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts