Menteri Pengangkutan Anthony Loke menolak kritikan mengenai penambahan barisan Menteri selepas pengumuman pagi ini berkenaan rombakan kabinet dan pelantikan tambahan.
Dalam sidang media, Setiausaha Agung DAP itu menyatakan bahawa tiada keputusan yang akan memuaskan semua pihak tetapi penting untuk memberi tumpuan kepada penggunaan sumber untuk kebaikan rakyat.
“Dengan sebarang keputusan, pasti akan ada pihak yang bersetuju, tidak bersetuju, atau mengkritik. Ini sudah dijangka,” katanya.
“Ada permintaan untuk Menteri kewangan kedua, dan sekarang Menteri kewangan kedua telah dilantik. Tetapi pasti akan ada kritikan mengenai pembesaran kabinet.
“Namun keputusan telah dibuat, adalah penting bagi kerajaan untuk memberi tumpuan kepada tugas dan untuk melaksanakan – memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, dan penggunaan sumber.
“Taraf hidup rakyat perlu ditingkatkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
Pengumuman pagi ini melibatkan pertambahan tiga Menteri baru dilantik dari 28 kepada 31 Menteri.
Juga terdapat pelantikan dua timbalan Menteri yang meningkatkan jumlah daripada 27 kepada 29.
Loke menyatakan bahawa jumlah ini masih rendah berbanding tempoh pentadbiran sebelum ini.
“Ini adalah sesuatu yang telah diamalkan dalam amalan kerajaan Malaysia sejak 10 hingga 20 tahun lalu,” katanya.
“Saya fikir yang paling penting adalah untuk menyampaikan kepada orang ramai sejauh mana kabinet dan kerajaan dapat memenuhi dan melaksanakan dasar-dasar kita,” katanya.
[Laporan penuh menyusul]