Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLombong emas di K'tan berkait pemimpin PAS jejas haiwan terancam

    Lombong emas di K’tan berkait pemimpin PAS jejas haiwan terancam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Sebuah syarikat berkaitan kerajaan Kelantan sedang membangunkan projek melombong emas seluas 185 padang bola di tengah-tengah hutan simpan Negeri itu yang kini melalui proses Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Mengikut dokumentasi sedia ada, projek perlombongan itu telah beroperasi sejak 2017, dengan aktiviti telah pun bermula sebelum penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang sewajarnya dijalankan.

    Pada 4 Sept lepas, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memuat naik laporan di laman webnya yang mendedahkan tapak seluas 199.7 hektar dengan jangkaan tempoh perlombongan selama 82 tahun terletak di Lot 11311 kawasan Hutan Simpan Jentiang di Dabong, Gua Musang. Firma di sebalik projek itu ialah Akademi Yakin Sdn Bhd (AYSB).

    Laporan EIA menyatakan tanah itu pada asalnya ditetapkan sebagai Hutan Simpan Kekal dan Tanah Hutan. Bagaimanapun, pada November 2022, kawasan itu telah diberikan penukaran guna tanah bersyarat untuk membenarkan aktiviti perlombongan.

    Aktiviti perlombongan emas akan memberi kesan kehilangan habitat kepada hidupan liar yang jarang ditemui di hutan simpan tersebut. Ini termasuklah Tenggiling Sunda, Ayam Pegar (Malay Crestless Fireback), Tapir Malaya dan gajah Asia, kata laporan EIA itu lagi.

    Setiausaha Agung PAS dan Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan antara ahli Lembaga Pengarah AYSB. Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan AYSB mempunyai pemegang saham tunggal – Yayasan Kelantan Darulnaim (Yayasan Kelantan Darulnaim atau Yakin). Ditubuhkan pada 1981, Akademi Yakin asalnya sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab membantu pelajar Kelantan.

    Lembaga pengarah AYSB terdiri daripada lima ahli, termasuk bekas timbalan Menteri besar Kelantan Mohd Amar Abdullah, pegawai kewangan kerajaan Negeri Norazman Abdul Ghani, Setiausaha Agung PAS dan Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan, Pengarah Yakin Shamsul Abu Bakar dan Adun Kadok Azami Mohd Nor.

    ALSO READ:  Anwar denies reaching out to Kuala Kangsar, Labuan MPs for support

    Kesalahan jalankan kerja tanpa EIA. Laporan EIA menunjukkan bahawa AYSB bekerjasama dengan Dazr Holding Sdn Bhd (dirujuk sebagai DAZR) dalam projek usaha sama melombong emas itu. Menurut SSM, DAZR ditubuhkan pada 19 Julai 2016, dengan aktiviti perniagaan merangkumi khidmat nasihat pelaburan, subkontrak dalam operasi perhutanan dan perladangan hutan serta perlombongan bijih besi.

    Dua pemegang sahamnya, Wan Azuan Awang dan Wan Khairul Hazran, dipercayai bapa dan anak. Selain itu, Wan Azuan yang memegang 90 peratus kepentingan menjadi pengarah tunggal DAZR. Laporan Ketua Audit Negara 2020 mendedahkan AYSB terlibat dalam enam projek perlombongan emas sepanjang tempoh audit, dengan salah satu projek usaha sama dengan DAZR.

    Walaupun tidak menyebut DAZR secara jelas, gambar papan maklumat tapak perlombongan yang dilampirkan bersama laporan audit berkenaan mengesahkan pembabitan firma itu. Laporan audit itu selanjutnya menyatakan AYSB belum menandatangani perjanjian kerjasama rasmi dengan DAZR dan kedua-dua pihak berada di peringkat akhir untuk menyediakan perjanjian itu sambil menunggu kelulusan EIA.

    Semasa pemeriksaan lapangan pada September 2020, pegawai daripada pejabat Ketua Audit Negara mendapati DAZR telah pun memulakan aktiviti penerokaan tanah. Bagaimanapun, AYSB dan pejabat tanah Kelantan tidak menjalankan pemantauan yang mencukupi ke atas tapak perlombongan, yang berpotensi memberi ruang kepada perlombongan haram.

    Laporan itu juga mendedahkan amalan meneruskan aktiviti perlombongan sebelum mendapat kelulusan sewajarnya, yang membawa kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengeluarkan notis pembetulan kepada AYSB pada Disember 2021, mengkritik operasi atau kegiatan perlombongan mereka sebelum laporan EIA diluluskan.

    “AYSB telah menerima notis bertarikh 2 Disember 2021 daripada PTG mengenai kesalahan kerana menjalankan kerja berkaitan pembangunan/perlombongan di tapak kawasan pajakan walaupun permohonan EIA belum diluluskan. Notis PTG tersebut memaklumkan bahawa kes ini telah diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan PTG bagi siasatan di bawah Seksyen 159 Enakmen Mineral 2001 dan AYSB diberikan arahan henti kerja bagi membolehkan siasatan dijalankan,” kata laporan Ketua Audit Negara.

    ALSO READ:  Ops khas HRA 2024: JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju

    Pejabat Ketua Audit Negara, dalam laporan itu, mengarahkan AYSB mengambil langkah proaktif supaya memastikan pemeteraian kontrak segera dibuat dan permulaan projek perlombongan emas itu untuk mula mendapat keutungan daripada usaha niaga itu.

    Menurut laporan juruaudit, AYSB memperoleh lesen cari gali dan perlombongan dengan lesen pertama sah selama setahun (dari 14 Ogos 2017 hingga 13 Ogos 2018) dan yang terakhir selama lima tahun (dari 20 Jun 2019 hingga 13 Ogos 2024). Pun begitu, laporan EIA mendedahkan AYSB kini telah memperbaharui lesen perlombongannya selama lima tahun lagi, dari 30 Jun 2019 hingga 29 Jun 2024.

    Laporan itu juga menunjukkan dalam tempoh lapan dekad untuk operasi, perlombongan emas di Jentiang akan menyaksikan kira-kira 1,802,000 meter padu atau 3,604,000 tan metrik bijih digali dengan anggaran menghasilkan sekitar 595kg emas. Ber

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts