Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLoy Krathong di Bachok: Penganjur gagal kawal kemasukan 'orang luar'

    Loy Krathong di Bachok: Penganjur gagal kawal kemasukan ‘orang luar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DUN KELANTAN | Penganjuran konsert oleh masyarakat Siam beragama Buddha di Bachok baru-baru ini dibuat selepas mendapat permit kerajaan Kelantan dan mengikut syarat yang ditetapkan, kata seorang exco.

    Bagaimanapun, kata Hilmi Abdullah, berlaku “pelanggaran” peraturan namun ia membabitkan pengunjung luar yang menyertai sambutan Loy Krathong tersebut.

    Kata Hilmi, penganjur program tersebut – yang diadakan di Wat Pathumviharn, Bachok – membuat hebahan melalui poster menggunakan bahasa Thailand dan dimaklumkan ia adalah majlis tertutup.

    Selepas program itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi, kerajaan Negeri, kata Hilmi, memanggil pihak penganjur untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Pertemuan itu, katanya, turut dihadiri oleh pegawai Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, polis serta pegawai agama daerah.

    “Hasil siasatan mendapati penganjur mematuhi syarat namun berlaku beberapa pelanggaran dari segi kegagalan untuk mengawal kemasukan pengunjung luar,” katanya semasa berbahas hari ini.

    Semalam Wanita PKR Kelantan menggesa kerajaan Negeri menyiasat penganjuran satu program persembahan pentas yang memaparkan aksi penyanyi perempuan yang seksi.

    Tak teragak-agak

    Ketuanya, Nor Azmiza Mamat, berkata di Kelantan ada peraturan yang mengawal selia sebarang persembahan hiburan, justeru tidak sepatutnya aksi sebegitu dibiarkan.

    “Kami difahamkan konsert tersebut dianjur sempena Pesta Loy Krathong dan melalui beberapa sebaran video di TikTok jelas memperlihatkan pakaian penyanyi serta penari dalam keadaan tidak memenuhi Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Kelantan,” katanya.

    Dia juga membangkitkan persoalan jika ada persembahan atau konsert yang terkecuali daripada enakmen yang dikuatkuasakan di Kelantan.

    Hilmi berkata sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan keharmonian dan melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, pihaknya tidak menghalang mana-mana program dianjurkan oleh sesuatu kaum yang mengamalkan budaya mereka.

    ALSO READ:  Generator rosak punca gangguan elektrik di CIQ Johor - exco

    Exco kerajaan tempatan, perumahan, kesihatan dan alam sekitar itu menjelaskan permohonan penganjur diterima pada Jun.

    Selepas mendapati ia mengikut peraturan ditetapkan, katanya, kelulusan diberikan pihak berkuasa tempatan pada Okt lalu.

    “Ia bukanlah program kerajaan Negeri, bahkan kita membuat sekatan ketat supaya semua penganjur mematuhi enakmen kawalan hiburan Kelantan.

    “Sekiranya ada mana-mana penganjur gagal mematuhi syarat ketat yang dikenakan dalam permit, kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak terbabit,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts