Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLTAT umum lantik pengerusi, ketua eksekutif baru

    LTAT umum lantik pengerusi, ketua eksekutif baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Azizan Ariffin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) manakala Ketua Pegawai Kewangan lembaga itu, Mohammad Ashraf Md Radzi dilantik sebagai Ketua Eksekutif berkuat kuasa 1 April ini.

    LTAT dalam kenyataan hari ini berkata Azizan yang berpengalaman 40 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia pernah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang perkhidmatannya termasuk Panglima Operasi Udara, Timbalan Panglima Tentera Udara serta mencipta sejarah menjadi Panglima Angkatan Tentera pertama daripada Tentera Udara Diraja Malaysia.

    Beliau mendapat pendidikan ketenteraan dari Air Command and Staff College (USA) dan National Defence College (India) serta mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Australia, selain menerima kelayakan menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia pada 7 Julai 1977.

    “Pengalaman beliau yang luas dalam hal-hal ketenteraan, diplomasi dan pembangunan kepimpinan diyakini akan mendorong LTAT agar terus mencapai objektif strategiknya dan meningkatkan perananan dalam menjaga kebajikan anggota ATM dan keluarga mereka,” menurut kenyataan itu.

    Sementara itu, LTAT memaklumkan Mohammad Ashraf, pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Tenaga Nasional dan merupakan akauntan bertauliah, telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan LTAT sejak Mac 2020.

    “Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah menunjukkan kecekapan dalam menguruskan hal ehwal kewangan, memimpin peranangkaan strategi kewangan dan memastikan kepatuhan kepada prinsip-prinsip kebertanggungjawaban kewangan di LTAT.

    “Kepimpinan beliau telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada agenda transformasi organisasi yang berjaya memulihkan dividen kepada tahap yang mampan serta meningkatkan kedudukan kewangan secara keseluruhannya,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts